SALAM KEJUTAN ELEKTRIK!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pada masa entri ini ditaip, berbaki 12 jam sahaja lagi penerbangan suami dijadualkan tiba di KLIA dari Dubai.

pulang
Beg suami 2 je, yang lain tu tumpang bergambar :-D

 

KALENDAR
Seorang isteri yang hari-hari dok pangkah tarikh di kalendar mengira hari kepulangan si suami

Status aku sebagai seorang isteri? Menanti dengan penuh kesabaran dan penuh kerinduan terhadap suami yang berjauhan hampir 2 bulan. Selain itu, juga ada terselit perasaan risau. Yang pastinya, hanya doa yang tidak putus kepada Allah agar suami yang dirindui, yang dinanti kepulangannya, selamat tiba.

Dan aku terfikir-fikir, terngiang-ngiang dalam minda, selama hampir 2 bulan juga tidak berdepan, tidak bersentuhan kulit (baca : salam tangan / peluk cium pipi sejak kali terakhir berpisah), ada rasa semacam malu-malu kucing juga nak bertemu kembali ni. Berdebar-debar seolah-olah ketika bersalaman untuk membatalkan air sembahyang masa nikah dulu. Barangkali akan terasa semacam mengalir arus elektrik bila bersalam nanti. Sumpah aku malu! Hmmm… macam perasaan orang yang tak kenal, tiba-tiba kena kahwin pulak! He he.

Ok nak sambung buat kerja sambil buat-buat tak tengok jam.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “SALAM KEJUTAN ELEKTRIK!

    1. Haha..sy pun rasa kelakar sebab malu nak jumpa suami sendiri. Feeling watak novel gitu.hehe.Alhamdulillah skrg anak dah ok ngan papa dia..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.