DOSA RM 1.00

Assalamualaikum & salam sejahtera

Petang semalam, aku ke kedai serbaguna My Mydin kat area Seksyen 7, Shah Alam. Niatnya lepas waktu kerja, dah alang-alang jalan nak balik kerja, aku nak beli susu formula dan pampers untuk Afiq.

Advertisement

Sebelum tu, aku keluar masuk antara kedai 99 Speedmart dan My Mydin tu. Nak bandingkan harga produk. Ok set! harga kat My Mydin murah sikit lah. Dan aku rasa serabut sekejap bila ada seorang jejaka dok ke hulu ke hilir antara 2 kedai tu untuk minta derma. Ahhh!

Masuk My Mydin, amik barang bila tengok harga tertera di label rak adalah RM 32.90. Harga biasa selalu aku beli. Bila sampai di kaunter, mesin kira-kira menunjukkan harga RM 33.90. Bila aku tegur juruwang dengan tunjuk resit, jawabnya dengan nada dan muka selamba :

“memang dalam sistem harga macam tu. Label tu salah kot.. Memang tak boleh buat apa lah”

Ok. Alasan logik! Tapi attitude selamba tu boleh menimbulkan kemarahan! Tak ada rasa bersalah (walaupun bukan salah dia), sebagai wakil kedai (juruwang) tunjukkan lah budi bahasa terhadap pelanggan. Aku kalau ada pekerja jenis macam ni, sama ada aku pecat terus atau kalau ada duit lebih, aku hantar pekerja pergi kursus Pengurusan Masalah Pelanggan! Huh!

Dengan bisikan syaitonirrajim yang berjaya buatkan aku maki dalam hati “muka dah buruk, suara dah kasar, perangai tak elok! Haiih laaa… perempuan ni!”. Kan dah bertambah dosa aku yang memang dah berbakul-bakul ni. Argghhh! Astaghfirullahalazim…

Ikutkan hati yang tengah penat baru je balik dari kerja, memang nak jugak aku cari pasal kat kaunter tu. Apatah lagi masa tu ramai jugak pelanggan beratur tunggu giliran untuk buat bayaran. Aku sabar sambil senyum dan membalas..

“Tak boleh la macam ni. Saya setuju untuk dicas RM 32.90 ikut label. Sebab itu saya amik barang ni.”

Tiba-tiba muncul supervisor ke manager kedai itu aku tak peduli. Yang aku peduli, beliau dengan baik dan ramah selesaikan masalah ini. Aku tunjuk resit dan luah apa yang aku persoalkan tadi. “Ok… saya check dulu harga..”. Bergerak lah kami ke rak barang. “Oh ya… memang harga salah label lah ni..itu mesin, sistem belum update. Ok Ok.. saya kasi pulang 1 ringgit ha..”. Kami patah balik pergi kaunter tadi.

Alhamdulillah. Dipulangkan lebihan RM 1.00 pada aku. “Saya amik ini resit untuk rekod ya..”. Lantaklah nak amik ke nak buang ke, yang penting urusan aku dah selesai. Lepas ucap terima kasih, aku blah! Tapi hati masih lagi ‘panas’!

Sebenarnya aku taklah hadap sangat dengan RM 1.00 tu. Yang menjadi keutamaan aku adalah KEJUJURAN dalam perniagaan juga sikap ketika melayan pelanggan.

Disebabkan nak hilangkan rasa marah pada juruwang tadi, aku ‘buang‘ RM 1.00 tadi pada lelaki yang memohon sumbangan di depan kedai. Lega hati! 

p/s : RM 1.00 tu, memang tak luak bagi orang yang tak kisah. TAPI, bila tengah ‘sesak’, 10 sen tengah jalan tar pun nak kutip tau!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

12 thoughts on “DOSA RM 1.00

  1. Masa den kerja kat pasaraya dulu juga pernah jadi macam ni. Kadang-kadang tu memang boleh tersalah tampal label harga. Tindakan susulan tu yang penting untuk menjaga hati pelanggan.

    1. kita tahu, mmg manusia x dapat lari dari berbuat kesalahan, sy stuju dengan pendapat ttg tindakan susulan yg sepatutnya di buat seperti kata zali tu..:-)

  2. Teknologi ciptaan manusia tidak lari dari kekurangan. Saya pernah beberapa kali melalui situasi seperti ini.

    Kalau lebih jahat adalah 2 tanda harga berlapis. Harga baru pada stok lama.

  3. Selalu berlaku macam ni, last2 kat supermarket tempat aku beli barang ada notis untuk pekerja. “Sila lekatkan harga yang betul”, jadi , aku sekarang ni kalau beli barang aku akan pastikan ada tanda harga. Jika aku rasa harga tu macam tak betul seperti biasa aku akan tanya dan cek di kaunter sama ada harga yang di tanyangkan betul atau salah…

    1. kalau x pasti mmg tanya dulu harga. kalau boleh banding dengan kedai lain, mmg buat perbandingan dulu. rajin sikit bab nak banding harga ni. akauntan keluarga. hehe

  4. Saya pernah juga ada pengalaman macam ni. Kesudahannya, saya mintak balik duit dan blah dari kedai tu.

    Dah nak masuk 2 tahun saya tak masuk lagi ke kedai tu. Buat pasal sape suruh. Kira elok lagi saya tak tulis bad review pasal kedai tu

Leave a Reply