Hilangkan Facebook Like Box Tanpa Like

Assalamualaikum.

facebook_popup

Advertisement

Mesti anda pernah kena situasi macam gambar di atas bila buka blog orang lain, dia paksa kita like Facebook page dia dahulu sebelum boleh baca entri. Apa perasaan anda ketika itu? Kalau entri best, ada yang terpaksa click like walaupun tidak suka. Apakan daya terpaksa. Tapi bila klik like, tajuk sahaja gempak tapi entri sampah. Kalau rajin kita unlike balik, tapi rajin ke anda hendak cari page Facebook itu balik. Anda sesetengah orang akan click button close.

Sini saya hendak bagi tutorial macam mana hendak buang benda itu tanpa like. Tutorial kali ini saya akan gunakan Google Chrome disebabkan hampir majority menggunakkan Google Chrome.

Bila anda buka-buka blog atau website, maka keluarlah kotak ajaib ini. Apa perlu anda buat, letak cursor atas kotak tu dan right click atau bahasa melayu klik kanan. Kanan mana? Kanan mouse tu atau bahasa melayunya tetikus. Selepas itu pilih menu Inspect Element. Sila lihat gambar di bawah untuk lebih jelas. Kalau tidak jelas lagi, klik gambar tu bagi besar. Biar jelas lagi. Kalau tidak jelas lagi tekan di keyboard (papan kekunci) Ctrl seterusnya tekan kekunci + banyak-banyak kali sampai jelas

inspect_elementLepas itu, anda akan perasan ada kotak kecik di bawah browser atau bahasa melayunya pelayar. Apa yang perlu ada buat, hanya tekan kekunci Delete/Del di keyboard atau bahasa melayunya papan kekunci. Anda delete selagi latar belakang hitam itu hilang. Cara mudah lagi letak cursor dekat coding banyak-banyak itu dan lihat kat atas yang mana dia highlight. Kalau dia hightlight kotak hitam besar tu, then tekan delete. Jangan risau untuk delete. Kalau terlebih delete, refresh atau tekan F5 di keyboard. Lepas itu buat apa? Baca la entri itu, lepas tu jangan lupa tinggal comment “Losser sahaja pakai popup like button tu”.

facebook_overlayUntuk tutorial ini, saya gunakan page ini http://apx.ohpisang.com/fesyen-misteri-rabecca-nur-al-islam-yang-mengejutkan/. Selamat mencuba..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Hilangkan Facebook Like Box Tanpa Like

Leave a Reply