CERITA RAMADHAN : APA ITU FIDYAH?

Assalamualaikum & salam sejahtera

In sya Allah dalam  sehari 2 lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Dalam pada keterujaan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba Ahad (29 Jun 2014) nanti, sila beringat, pada siapa-siapa yang tidak berkesempatan qada’ / ganti puasa Ramadhan yang lepas, anda akan didenda!

Advertisement

Ia dipanggil FIDYAH.

Fidyah bermaksud denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tibanya Ramadhan tahun berikutnya.

Walaupun kena bayar denda, puasa WAJIB juga diganti!

FIDYAH + GANTI PUASA

Sudahlah kena bayar denda, kena ganti puasa pulak. He he.

Aku pernah alami situasi macam ni. Tak sempat menggantikan puasa Ramadhan 2011 sehinggalah tiba Ramadhan 2012, berbaki 2 hari. Atas faktor aku mengandung dan waktu itu aku mengalami alahan mengandung iaitu muntah-muntah jika tak makan selang 2 jam! He he. Tak ingat berapa RM suami bayarkan. Ya. Boleh juga wakil tolong bayarkan di mana-mana pusat zakat asalkan betul kadar Fidyah nya.

Masuk Ramadhan 2013, 1 BULAN aku tak dapat puasa sebab berpantang selepas lahirkan anak sulung. Dan dengan nekad sebelum tibanya Ramadhan 2014, aku gantikan puasa 1 BULAN + 2 hari baki puasa Ramadhan 2013. Phewww! Mencabar! Lagi-lagi bila hari terakhir.

cabaran puasa

Kadar bayaran Fidyah ni adalah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa sebanyak secupak. Beras tersebut akan diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Kadar boleh berubah ikut ketetapan pemerintah sesuatu tempat.

So, kalau nak kira berapa RM kena bayar Fidyah, boleh guna Kalkulator Fidyah di laman web Lembaga Zakat Selangor.

kalkulator fidyah
Kalkulator Fidyah

Kalkulator Fidyah boleh dicapai di sini.

Owh… di Ramadhan 2014 ini, in sha Allah aku akan berpuasa sebagai wanita mengandung. Alhamdulillah, pengalaman baru. Nanti aku share bab puasa ketika mengandung :-) Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua :-)

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply