BAHANA KOREK HIDUNG KETIKA MEMANDU!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku memang pantang betul bila ada orang jenis korek hidung di tempat awam lepastu boleh buat tak tahu je dan paling selamba bila dengan selamba tahap dewa tak pulak tu reti nak cuci tangan! PENGOTOR!

Jangan pandang remeh pada sikap & adab korek hidung ni. Sebab? Kadang kala sikap macam ini boleh menjejaskan emosi orang lain dan juga menimbulkan ketidaksenangan / tekanan hidup orang lain. Seterusnya mendorong kepada wujud / meningkat penyakit.

Tujuan utama kau korek hidung sebab nak hilangkan rasa tidak selesa pada hidung. Mungkin sebab tahi hidung banyak / gatal dalam hidung atau apa-apa sahaja alasan kau buat macam itu. Tapi awas! sekecil-kecil perbuatan ada adabnya.

Kat sini aku nak fokus kepada sikap korek hidung ketika memandu!

Meh sini aku tunjukkan apa kaitan sikap korek hidung di tempat awam (ketika memandu) dengan peningkatan penyakit kepada manusia.

1 – Terlalu asyik masyuk korek hidung boleh buat kau hilang fokus terhadap pemanduan. Natijahnya, kereta yang dipandu semakin slow lalu menyusahkan pemandu lain yang berada di belakang yang kebetulan tengah kejar masa / nak cepat / kes kecemasan. Lagi-lagi waktu puncak / kenderaan banyak, kau boleh pulak ‘dok’ lane kanan?

jalanraya1
Driver yang lewat alert dengan kereta hitam yang nak tukar laluan lalu TERpandang driver kereta hitam itu sedang korek hidung!

 

jalanraya
1 BATU jarak si pengorek hidung dengan kereta depan! Grrr…

 

2 – Driver Yang Tension itu semakin bertambah tertekan kerana lewat masuk ke pejabat adalah gara-gara Driver Korek Hidung! Kaitannya, bila stress, yang ada darah tinggi, boleh naik bacaan darah tinggi. Bukan kah itu memudaratkan kesihatan? seterusnya menambah peratusan manusia yang mudarat dek sakit darah tinggi.

3 – Menyumbang kepada penyakit jiwa iaitu rasa marah -> jiwa penat -> hilang mood nak buat kerja. Terutamanya kalau hari Isnin.

4 – Kalau jenis manusia yang penggeli, boleh mengundang kepada rasa loya. Kan dah menjejaskan emosi seterusnya menimbulkan perasaan ketidakselesaan. Berperanglah  perasaan loya dengan rasa nak kejar masa nak cari toilet kot-kot muntah! (Over tau!)

5 – Pernah terfikir tak? Pegang stereng dengan tangan yang tak dicuci lepas korek hidung. Lepastu, orang lain sentuh stereng kereta tu. Sebar penyakit! Jenuh tau Kementerian Kesihatan buat iklan kaedah cuci tangan yang betul sebab nak elak penyakit, syarikat sabun labur duit untuk promosi sabun cuci tangan dapat hilangkan bakteria yang menyebabkan penyakit. Kau ingat sesaja je ke dorang buang masa, tenaga, harta bagai untuk bagi kesedaran tentang kebersihan? Grrrr…

Cara cuci tangan

Di sini aku ada beberapa idea / cadangan untuk mengurangkan kadar manusia yang bersikap PENGOTOR seperti ini:-

1 – Mohon pihak Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan subjek khas-wajib yang dinamakan “Pendidikan Sivik – Kebersihan Amalan Mulia”. Kalau boleh wujudkan subjek Pendidikan Seks sebab gejala sosial yang menjadi-jadi, kenapa tidak kita tekankan kesedaran sivik tentang kebersihan?

2 – Mungkin pihak berwajib boleh laksanakan idea papan tanda “Awas! Perangkap buat si pengorek hidung!” atau juga tindakan denda “Denda RM 1,000 jika didapati mengorek hidung tempat awam”

3 –  Untuk individu, tolonglah amalkan bersih hidung tu setiap kali mandi. Dah namanya mandi itu untuk membersihkan badan, jadi sila bersihkan juga mana-mana bahagian ‘dalaman’ yang boleh dibersihkan.

UPDATE!

4 – Sediakan tisu basah (wet tissue) dalam kenderaan. Allah… tisu yang selalu mak-mak guna untuk lap najis / tahi pada bontot baby tu. Wangi pun wangi. Ada yang anti-bakteria lagi. Boleh guna untuk lap dan seterusnya mewangikan jari jemari selepas terkena tahi hidung!

Sekian karangan Bahasa Melayu aku untuk hari ini…

Natijahnya, aku lah Driver Yang Tension yang LEWAT MASUK KERJA HARI INI!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *