CARA MUDAH UNTUK QADA (GANTI) PUASA

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Di Facebook ada rakan yang update pasal “Lagi 100 Hari” Ramadhan nak datang (start semalam). Tiba-tiba terasa excited nak ‘jumpa’ Ramadhan tahun ini. In sha Allah jika panjang umur, merasa la kita :-)

Advertisement

Disebabkan itu, lantas aku teringat banyak lagi baki hari untuk aku qada puasa. Ahhh! semoga sempat lah aku settle ‘hutang’ puasa tu. 1 BULAN  Ramadhan tahun lepas, barang 1 hari pun aku tak dapat berpuasa kerana masih dalam pantang selepas melahirkan Afiq Hazim.

Just nak kongsi macam mana aku MULA kan ‘langkah’ untuk MULA ganti puasa.

1- Pasang niat dalam hati bahawa kita akan qada puasa secepat mungkin (selagi  mampu dan diizinkan Allah)

2- Elok je habis bulan Ramadhan, seawal yang mungkin aku MULA qada puasa. Ikut logik kepala otak aku ni, seawal selepas Ramadhan, perut kita still boleh terima mode untuk berpuasa. 

3- Jangan risau pasal juadah raya sebab musim tak raya pun juadah tu still boleh didapati dan boleh dimakan :-)

Simple kan? Yang penting hati dan azam kena kuat di samping izin dari Allah swt.

p/s : Alhamdulillah… hutang puasa Ramadhan lepas berbaki 1 hari sahaja lagi. :-)

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply