BAYI DAN EKZEMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Lately, makin kerap dengar kes dera/ kematian bayi / kanak-kanak. Allah… sedih rasa hati… Agaknya jenis hati ‘mati’ kot orang yang menyeksa budak-budak ni. Aku yang kadang-kadang TERmarah anak pun rasa MENYESAL sangat marah, meninggi suara pada anak. Ye lah, badan penat, hati kadang-kadang tak sabar dengan kerenah anak yang kadang-kadang memang menguji kesabaran. Dah nama pun budaaaakkkk… lagi-lagi BAYI, menangis, merengek etc je lah cara yang boleh mereka lakukan untuk meluahkan perasaan sakit ke, lapar ke, dahaga ke apa ke.

Advertisement

Bila akal dah kembali waras dan hati makin tenang, masa tu lah rasa macam “Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu yang lemah ini sebab marah kan anak kecil yang tak berdosa ini…” sambil renung muka anak bila tidur. kadang-kadang, boleh menangis kerana kekesalan tu. T__T

Kadang-kadang masa dok atas motor, on the way nak pergi kerja pun boleh layan perasaan kesal itu. Haaiihh…

*Intro tak de kena mengena dengan tajuk entri :-D

EKZEMA! atau biasa orang cakap ruam. Sejak awal lagi Afiq Hazim memang ada ruam kat kulit. Lately, makin teruk sampai melecet! Berair. Adeh… T__T

image
Ketika usia 4 bulan

Masa awal-awal tak de la nampak sangat…

Masa awal-awal nampak ada merah naik kat kulit muka, terus aku tukar mandian guna brand Sebamed. Walaupun harganya ‘boleh tahan’ untuk stok-setiap-kali-mandi-kena-guna- mandian-ni, tapi demi kesihatan anak, mama sanggup berbelanja walaupun kena puasa 1 bulan (alang-alang tu ganti puasa Ramadhan tahun lepas. 1 bulan! hehe). Tapi Alhamdulillah, memang berkesan. Kulit Afiq Hazim terkawal dari naik kemerah-merahan.

image

Krim sapu ni aku apply pada muka Afiq Hazim supaya kulit dia maintain lembap.

image

Kat rumah penjaga dia, aku bekalkan sabun ketul ni. itu pun dah harga dalam RM 10 gitu. Orang guna sabun mandi 3 ketul for RM 10, Afiq Hazim 1 ketul dah RM 10. haha. anak oh anak!

image

Kat rumah bolehlah nak guna liquid shower ni, harga dia dalam RM 20+ kooot. Tak ingat. Tiap-tiap kali nak mandi, aku titiskan beberapa drops dalam tab mandi Afiq Hazim. Dah besar sikit, aku apply sekali pada kulit dia jugak. Berbaloi guna sebab kulit afiq elok.

Sekarang ni, kulit muka Afiq Hazim jadi kering dan merah. Kekerapan Afiq Hazim menggosok / menggesek muka pada bantal menambahkan lagi penderitaan hati mama melihatnya. Alahai anak oiii… janganlah digosok-gosok muka tuuuu. *ngilu rasa.

2014-01-23 19.12.29
Usia 7 bulan ++. Nampak merah pipi tu walaupun gambar kabur T__T

Sebelum ni, bila nampak merah kat muka, just bawa jumpa doctor kat klinik panel. Hmmm… lepas check gitu-gitu, doctor bagi krim sapu. Dah tak berkesan dah! Lali agaknya bakteria dengan krim sapu tu. Lastly, kami decide untuk bawak Afiq Hazim buat rawatan ke klinik pakar kanak-kanak.

Bab doctor pakar, In Sha Allah aku akan cerita di lain masa. Bai

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply