What does travelling means to me?

[dropcap background=”yes” bgcolor=”default”]H[/dropcap]idup kita merupakan sebuah perjalanan dan melancong itu adalah satu perjalanan. Melancong adalah satu perkara yang paling suka aku lakukuan. Beberapa kali dalam setahun aku pergi melancong tidak kira dalam negeri atau luar. Dahulu lebih suka melancong dengan kawan-kawan dan kelab kereta. Sekarang, bila sudah berkeluarga, aktiviti melancong tetap diteruskan tetapi yang membezakan ialah dahulu dengan kawan-kawan sekarang dengan keluarga.

Gambar kenangan masa zaman muda-muda. Sekarang sudah tua kah? :p
Gambar kenangan masa zaman muda-muda. Sekarang sudah tua kah? :p

[pullquote align=”left”]Hidup ini merupakan sebuah perjalanan[/pullquote]Perkara pertama tujuan aku pergi melancong adalah untuk merehatkan minda. Setelah penat mencari rezeki siang dan malam, melancong adalah reward pada diri sendiri. Aku dapat relekskan minda dan bersedia dengan fresh otak untuk sambung kerja. Bila serabut balik, kita melancong lagi. haha.. Selain itu, masa inilah kita dapat meluangkan masa bersama orang tersayang.

Advertisement
Bersama isteri tersayang

Dengan melancong juga aku dapat mencuci mata di pantai krabi.Eh silap, aku dapat meneroka cara hidup di tempat aku melancong. Seperti contoh, di Melaka orang makan ikan bakar dengan nasi lemak. Jadi jangan lupa order nasi putih bila makan di medan ikan bakar disana. Orang perlis dan kedah makan murtabak dengan bawang bercuka dan merasa pelik bila makan murtabak dengan kari. Di Perak orang makan durian makan tangan. haha..memang la makan tangan takkan pakai garfu pulak. :P

Apa macam, terliur tak?
Apa macam, terliur tak?

Aku juga dapat belajar longat setiap negeri. Seperti orang utara bila cakap semalam bermaksud malam tadi dan kelmarin bermaksud semalam. Bila berada di Melaka, jangan terasa dengan kata-kata orang sana. Bunyinya kasar, tapi hati mereka baik-baik. Aku suka pergi Melaka, ramai juga kawan aku disana. Di Perak, tidak semua tahu loghat Perak dan ada sesetengah daerah tidak faham daerah lain cakap. Aku? Boleh paham sikit2, tapi bila pergi mana-mana orang akan tahu aku orang Perak :D

Yang paling seronok bila melancong adalah merasai kenikmatan makanan tradisi mereka. Seperti contoh, melaka terkenal dengan asam pedasnya. Pahang terkenal dengan patin masak tempoyak, Perlis terbaik mangga harum manisnya dan banyak lagi. Bila bab merasa makanan, serah pada aku. Aku rajin merasa makanan. Tapi jangan pula makanan seperti dalam Fear Factor, memang aku tidak makanlah. Gulai tempoyak adalah paling fav. Tetapi bukan senang hendak jumpa yang betul2 pandai masak. alamak, menitis pula air luar.kah3..

Nyum..lama x makan. kena pergi naik cameron highland lagi nie

Itulah aku cakap, melancong ini seperti merupakan suatu perjalan hidup. Dari situ kita melihat,mendengar dan merasa yang membawa kepada pengetahuan dan pentunjuk dalam perjalanan hidup kita.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply