Seronoknya tak habis-habis

P1 menyambut ulang tahun ke-5 dengan Pelan broadband tanpa had yang sebenar

Petaling Jaya, 19 September 2013: Sempena menyambut ulang tahun ke-5, P1 mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berseronok dengan promosi kuota tanpa had untuk dua pelan Pemenang Anugerah Broadband Kediaman.

Advertisement

p1 forhome unlimitedPelan broadband Kediaman ForHome™ 99 dan ForHome™ 149 menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps dan 2Mbps dengan kuota tanpa had hanya pada harga RM99 dan RM149 untuk masa terhad sahaja.

CEO P1, CC Puan berkata, tema kempen, “Seronoknya Tak Habis-habis” menterjemahkan definisi keseronokkan yang dapat dinikmati oleh pengguna tanpa perlu bimbang tentang had kuota. Tambah Puan lagi, rakyat Malaysia perlu terus menikmati keseronokkan dalam hidup, tidak kira secara online mahupun offline, sama seperti prinsip P1 dalam memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan.

Keseronokan dan aktiviti dalam talian intensif data merangkumi streaming video dan muzik, permainan online, perbualan secara langsung dan perkongsian fail bersaiz besar termasuk gambar dan imej beresolusi tinggi.

Jumlah data diukur dalam Kilobait, Megabait atau Gigabait  untuk menentukan kadar penggunaan yang boleh dilakukan secara online. Menurut Puan, tidak seperti pelan tanpa had yang ditawarkan di pasaran, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota, tidak mengurangkan kelajuan internet pada tahap penggunaan tinggi, tidak menyekat mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota. “Ini adalah Pelan Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena  menyambut ulang tahun ke-5 kami.”

p1 to go triple

Selain daripada pelan broadband Kediaman Tanpa Had, P1 juga akan menggandakan penggunaan kuota broadband Pelan di Mana Jua – Pelan ToGo™ 69 sebanyak 3 kali ganda selama tempoh promosi ini. Pengguna dapat menikmati 15GB data hanya pada RM69, dengan 3.7 kali lebih kuota berbanding mana-mana broadband di Mana Jua yang ditawarkan pada harga yang sama.

Walau bagaimanapun, pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan suara tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal. Untuk mereka  yang mahukan broadband dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi berserta 300 minit panggilan percuma, yang mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap, nombor mudah alih dan IDD negara popular.

Kesemua pelan Pemenang Anugerah ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan.  ForHome™ juga merupakan broadband mudah alih yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ulang Tahun Ke-5 P1 – Promosi Berseronok tak habis-habis, sila layari p1.com.my/hotdeals.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply