Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Phewww! lama dah tak mengarut dalam blog. Ikutkan hati memang teringin nak berblogging semula tapi sebab ikutkan perasaan MALAS, memang tak jadi apa la. Sudahnya, lebih setahun berlalu =p .Ok sekarang perasaan RAJIN dan meluap-luap nak menaip dah datang. AMARAN! mungkin panjang entri ini :D
Dulu masa aku bujang, yes! soalan cepumas “Eh kau bila nak kahwin eh..?”. Ok sekarang dah selamat di’puan’kan pun. Alhamdulillah sekarang dah 1 tahun 4 bulan usia perkahwinan. Kami melalui hari-hari baru sebagai pasangan suami isteri dengan sangat bahagia, kadang-kadang ‘bercakar’ jugak sebab nak sesuaikan diri dengan ‘alam baru’. Hehe. Ok dah nikah. tiba-tiba muncul soalan “Dah’berisi’ ker…?” atau “Bila lagi nak ‘berisi’…?”. Zaappp! tersentap sekejap hati rasanya. Oiii! bagilah masa kami nak berdua-duaan kepuasan dulu. Tak tahu nak marah sebab orang menyibuk ke atau nak gembira sebab ada orang ambil berat. Ye lah, mungkin niat nak membantu kami dapatkan zuriat lebih awal ke kan… *bersangka baik.
SALAH KE KALAU BELUM MENGANDUNG walhal dah lama kahwin? SALAH KE MENGANDUNG LAMBAT? SALAH KE? SALAH KE?SALAH KE??!!!!!
Stress jugaklah masa awal-awal kahwin dulu dengan soalan-soalan ‘tak membantu’ macam tu. INI SERIUS! tiap-tiap kali nak sampai masa period, “mintak-mintaklah tak period bulan ni sehingga 9 bulan lagi…“. Setiap bulan, muncul je ‘kawan baik’ tu. Kecewa sebab tak ‘lekat’ lagi.
Boleh kata hampir setiap kali menghampiri tarikh sebenar period, aku Google “Tanda-Tanda Hamil”. *sadis betul. Lebih sadis lagi apabila kawan-kawan yang sebaya dengan aku, dan bernikah lebih lewat dari aku dah mengandung, siap ada yang tunggu masa je nak beranak. Lepas tu, bertambah parah emosi bila TERbaca status update mereka di Facebook! Terus masa tu reti pulak nak amalkan istighfar setiap saat sebab nak buang rasa marah, sedih dan macam-macam lagi perasaan. T__T
Lepas tu, aku pun amik inisiatif jaga pemakanan dan amalkan makan supplemen Asid Folik. Ramai dok kata supplemen ni membantu dalam membina dan menjaga sel-sel janin dari kecacatan. Kau orang Google la sendiri kelebihan Asid Folik ni.
Orang kata elok amalkan 3 bulan sebelum plan nak mengandung. Sehari sebiji je. Boleh dapat dalam RM 0.90/papan pil. setiap papan tu ada 10 biji pil. beli 9 papan baru RM 8.10 untuk bekalan 3 bulan. Aku makan supplemen ni secara berdisiplin setiap hari sampailah sebulan…
Tiba-tiba, pada bulan ke-9 perkahwinan, ALHAMDULILLAH, ‘lekat’ jugak! YES! hasil usaha yang berterusan dan berkat doa kepada Allah swt, dan ketika itu telah 1 minggu lewat dari tarikh period sebenar bersamaan pada 3 Oktober 2012, dengan tak menyabarnya, SEBELUM solat subuh pada hari itu, aku buat pregnancy test. Ala, beli je RM 10 kat farmasi . Peerrgghh! aku tak percaya sebenarnya. “Pregnancy test kit ni tipu kooott..” pulak dah. haha.
Nasib baik period cycle aku jenis tak bermasalah so senang nak bajetkan..
Lepas tu saja je tinggalkan result tu kat atas flush jamban duduk, dengan harapan encik suami guna toilet pagi nanti, terus perasan benda alah tu. Ikutkan hati nak je aku kejut encik suami time tu jugak. Hehe. Seperti yang dijangka, “Sayang mengandung ker..?” Aku pulak “entah la…”. Terus encik suami bawak pergi klinik nak buat pengesahan. OK, 5 weeks already. =)
Nombor SEMBILAN (9) nombor ‘keramat’. Ambik kau, 9 bulan berharap plus 9 bulan lagi tunggu ‘hasil’ ni muncul ke dunia pulak. Hehe
Alhamdulillah masa trimester pertama, aku tak kena alahan yang teruk macam sesetengah orang yang muntah-muntah teruk sampai sebulan MC dari kerja. Ada jugak yang sampai kena tahan kat wad. Tak kurang jugak cerita kawan-kawan yang alah mengandung ‘asal makan je ‘keluar’ semula’. Pheww! seram jugak aku dengar. Tapi ‘alahan mengandung’ yang aku alami adalah ‘alah’ melihat makanan. Pantang jumpa makanan, aku nak makan. Berselera aje. Ada la jugak sekali sekala aku muntah-muntah sebab LAMBAT MAKAN. Gila rasanya sebab setiap 2 jam sekali kena makan. Haha. Waktu tidur tak kiralah kan. No wonderlah bila monthly check-up, berat badan naik mendadak=D Time ni jugak lah aku rasa RAJIN betul nak mengantuk. Selalu rasa nak tidur. tapi aku lawankan jugak.
Tak cukup dengan itu, dapat pulak deria rasa kelat a.k.a rasa ‘tak sedap mulut’. Semua makanan / minuman rasa kelat. rasa tak puas makan. Konon-konon makan macam-macam boleh lah hilangkan rasa ‘tak sedap mulut’ tu tapi… hampa. Ada jugak orang tanya “mengandung ni, tak suka makan asam / pelam muda ke?”. Asam, jeruk dan yang sepesen dengannya memang aku tak layan sejak dari dulu hingga sekarang.
Paling tak boleh hadap, bila masuk trimester ke-2, aku benci untuk ke opis. Tak tahu kenapa deria bau pada hidung ni semakin sensitif. “Bau opis, busuk!” bebelku hari-hari. Asal bangun pagi, “Alaaaaa…malas lah pergi kerja. opis tu busuk la b…”. Encik suami hanya mampu gelak. Agak terseksa apabila setiap kali menapak keluar dari bilik di opis, (kes nak pergi toilet) mesti kena tarik nafas panjang-panjang, lepas tu jalan laju-laju ke tempat yang dituju dan kalau boleh nak tahan nafas sampailah balik semula masuk dalam bilik. Lebih menyeriaukan lagi apabila separuh perjalanan ke toilet, udara disesakkan dengan bau rokok! Peergghh! memang ada jugak rasa dalam hati ni nak berhenti kerja!
Itu pun nasib baik ada letak pewangi bilik. Kalau tidaaakkkkkk…?
Dalam pada tu, ada jugak seorang rakan FB yang rajin bertanya perihal pregnancy ni. soalan yang paling aku menyampah bila tiap-tiap kali dia tegur dan tanya di FB chat adalah “Linda bila lagi nak mengandung?” Dia ni, kalau ada depan aku, memang aku sepak laju-laju muka dia. Rajin nak tegur aku tapi tak rajin pulak tengok status update aku pasal mengandung-mengandung ni. OK tak apa. mungkin status update aku tak ‘naik’ kat Wall dia. aku jawab simple “entah..”. Sampailah sekarang dia tegur, terus aku tak layan lagi dah. *tak faham bahasa jugak.
Lagi panas hati aku bila dia cakap “Linda, isteri saya baru je disahkan mengandung semalam” . Tapi aku tak reply rasanya. Pada masa dia cakap tu, aku dah 3 bulan pregnant, ada aku kisah? haha
Nanti, in sha Allah aku share pulak pasal penjagaan dan amalan aku semasa mengandung ni :-)
p/s : Tunggu la lama sikit, lepas dah beranak, confirm akan keluar soalan “bila nak tambah anak lagi…?” tak pun “tak nak tambah anak lagi ke…?”. Layankan aje la labu oiii… *sigh.
Aku stress baca entri ini
hiks…tamau stress2 la bro..:D
saya mengalami perasaaan menunggu tu 6 bulan … betul … time tu stress bila org tanya2 … geram bila setiap bulan period datang … mmg tak suka dengar perihal org dah mengandung ni … time tu mmg beristighfar jer lah keje nye … sambil dalam hati sentiasa x putus berdoa … ya allah ..beri lah aku rezeki … alhamdulillah … doa dimakbulkan …hehehe … sekarang org tanya … bila nak tambah lagi????
hehehe..tu la kan…sabar je laa..Alhamdulillah, rezeki masing-masing kan:-)
Aku dah mula stress…argggh!!!
belum lg soalan bila nak dpt no 2…nanti org akan tanya ni,
“Eh, anak kao tak pandai jalan lagi ke?”
“La…anak aku dah boleh bercakap dah”
Phewww~!!
tu la pasal.orang tak akan berhenti ‘ambil tahu’ pasal life kita…huhu
haha..lepas ni ko cakap la anak ko dah leh mengaji! lagi kagum! keh3
Good sharing puan.
Sama lah dgn sy dulu. Baru je kawen 2 bulan… agak2 la nak tny pun :)
lepas 6 bulan alhamdulillah sy pregnant. Anak pun dah 2 tahun skrg ni. Lepas ni org akn tny plak bile nak dpt no 2…he hehe…
Anyway, sy baru je gugur bulan 8 haritu. Xde rezeki. Skrg ni tgh menunggu masa utk usaha pregnant balik ;)
Jemput jalan2 ke blog sy pula ya :)
Terima kasih.
Nordiyana Jamal
http://www.caramudahhamil.com
Mmg org x akn berhenti bertanya hal2 mcm ni..semoga kita bersabar dlm mghadapi kerenah manusia n dugaan yg menimpa..:-)
Semoga berjaya untuk usaha ank ke-2. Aminn
assalamualaikum.. terima kasih sudi kongsi pengalaman. saya dh nak masuk 2 tahun kawin tapi masih belum dikurniakan rezeki anak lg.. mungkin sebab masalah haid saya yang berpanjangan dan tidak teratur tu yang susah nak mengandung.. tapi boleh ke kalau saya cuba ambik asid folic sekarang? atau kena tunggu stabilkan hormonkan dulu baru boleh ambik?
waalaikumsalam…saya bukanlah pakar dalam hal ini tapi berniat untuk berkongsi ilmu juga pengalaman. cuma tujuan saya ambil asid folik adalah sebagai vitamin pelengkap dan juga persediaan untuk mengandung. persoalan mengenai hormon, mohon rujuk pada yang pakar kerana dikhuatiri tersalah info…tq