Siswazah Mengejar Segulung Geran Kereta

Assalamualaikum,

Aku tertarik dengan status di Facebook Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ayatnya berbunyi begini:

Advertisement

Untuk seluruh mahasiswa dan mahasiswi UiTM, baru-baru ini, banyak komen serta soalan diajukan berhubung skim atau bantuan kewangan yang boleh diberikan kepada
mahasiswa-mahasiswi universiti bagi tujuan membantu dalam menangani masalah kesempitan wang yang dialami oleh mahasiswa-mahasiwi UiTM., kajian serta penelitian telah dilakukan dan hasil keputusan mendapati, kebanyakan para pelajar yang menghadapi masalah kesempitan dan kekurangan wang berpunca daripada pembelian kereta tanpa wang pendahuluan, bagi kegunaan ke kampus atau tujuan-tujuan lain.,

Ini merupakan sesuatuyang tidak wajar kerana, tanggungjawab mahasiswa-mahasiswi UiTM adalah untuk mencari ilmu serta menempatkan diri dalam kumpulan pelajar yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bekerja secara sambilan bagi tujuan mendapat bayaran untuk membayar ansuran bulanan kereta, adalah sesuatu yang tidak wajar. Akibat daripada tindakan ini, mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ke kuliah akan mengalami suasana muram, mengantuk serta tidak mampu fokus dalam pembelajaran di bilik kuliah.

Sedih dan pilu hati saya bila mendapat tahu bahawa, kekurangan duit disebabkan ingin bermewah dengan memiliki kenderaan. Seperti yang kita sedia maklum pihak universiti melarang para pelajar dari membawa masuk kereta ke dalam kawasan universiti. Ingatlah wahai mahasiswa-mahasiswi, ‘manusia tidak pernah merancang untuk gagal, sebaliknya gagal untuk merancang’, tepuk dada, tanyalah diri kita, apa tujuan utama kita berada di UiTM.., ” tolong nilaikan, Fikir2kan.

feriApakah yang berlaku sekarang? Teringat zaman aku belajar dulu. Motosikal pon tiada, bila hendak keluar untuk membeli barang minta belas kasihan member-member yang ada motosikal untuk di pinjamkan. Tapi aku jarang sekali keluar kerana segan hendak pinjam barang orang.

Yang aku pelik, lepas pulak loan bank untuk beli kereta sedangkan tiada pendapatan tetap. Patutlah ramai dikalangan orang muda di istihar bankrap. Mana tidaknya, sudahla belajar pinjam PTPTN lepas itu pinjam lagi untuk beli kereta. Belum kerja hutang sudah penuh keliling pinggang.

P/S : Belajar gempak dulu, result gempak, dapat kerja gempak, gaji pun gempak, pakailah kereta yang gempak-gempak lepas tu.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Siswazah Mengejar Segulung Geran Kereta

Leave a Reply