Perbandingan P1 MiFi MF230 dan P1 MiFi MX230

Hari ini say akan membuat perbandingan antara P1 MiFi MF230 dan P1 MiFi MX230. Dari segi saiz tidak banyak bezanya antara P1 MiFi MF230 dan P1 MiFi MX230. Kita nampak P1 MiFi MX230 lebih besar dari P1 MiFi MF230, namun hakikatnya, P1 MiFi MX230 lebih kecil iaitu berukuran 62cm³ berbanding P1 MiFi MF230 yang berukuran 72cm³. Namun walaupun P1 MiFi MX230 nampak lebih kecil tetapi ia lagi berat 10 grams dari P1 MiFi MF230 yang hanya seberat 62grams.

Klik Untuk Besarkan
Klik Untuk Besarkan

P1 MiFi MX230 boleh melayan maximum 8 pengguna dalam satu-satu masa. Ini bermaksud, hanya lapan device boleh connect dengan P1 MiFi MX230 dalam satu-satu masa berbanding P1 MiFi MF230 yang hanya boleh melayan maximum 5 pengguna dalam satu-satu masa. Seperti saya, antara device yang gunakan wireless adalah 1 Desktop, 1 Laptop, 2 Mobile Phone, 1 Tablet, 1 Home Smart TV jadi saya tidak boleh gunakan P1 MiFi MF230 kerana total device saya adalah 6. Jadi untuk melanggan, better antara kira dulu jumlah pengguna bagi memudahkan anda. Pada yang isi rumah ramai, better ambil model P1 MiFi MX230.

Advertisement

Adakah anda perlu melanggan banyak package internet untuk kesemua device tersebut? Jawapannya tidak perlu, dengan satu akaun P1 anda boleh menggunakan semua peranti yang ada dirumah. Jadi anda telah jimat disitu. Tidak perlu memasang kabel baru, malah boleh di bawa di mana sahaja yang anda mahu pergi. Tidak perlu cari kawasan hotspot, tetapi kawasan yang didalam liputan. P1 dari semasa ke semasa akan meluaskan liputan mereka kesemua kawasan. Untuk senarai liputan boleh lihat disini http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx 

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply