Bertukar Tapak Hosting Baru

Assalamualaikum..

Setelah lebih 3 tahun aku bersama company hosting aku sebelum ini, akhirnya aku mengambil keputusan drastik untuk bertukar ke tapak hosting yang baru kerana tapak hosting yang lama terlampau menyakitkan hati. Terlalu kerap down dan kerap block ip orang lain untuk access tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Advertisement

Mesti ada orang tertanya, kenapa aku mengambil keputusan untuk bertukar hosting sedangkan blog aku ini bukan pernah berupdate pon. Ini adalah tapak hosting yang ada, aku gunakan untuk menjalankan perniagaan aku. Yang mana client yang hendak jimat cost tidak mahu sewa hosting, aku bagi diorang park di hosting aku dengan charge-charge tertentu. Lagi satu yang paling penting, website company aku berada pada tapak hosting yang sama.

Pada yang masih tidak tahu, aku menyediakan perkhidmatan membina laman web,system dan e-commerce. Pada sesiapa yang berminat bolehlah contact aku untuk maklumat lanjut anda meminta quotation. Insyallah, harga yang diberikan munasabah dan mengikut budget client.

Ok cukup-cukup iklan tu, back to topic. Sekarang ini aku menggunakan perkhidmatan ServerFreak. Alhamdulillah, setakat ini memberikan perkhidmatan yang terbaik. Siap tolong migrate aku punya data dari tapak hosting lama ke tapak hosting baru tanpa sebarang charge. Kalau company hosting lain, setting domain untuk Blogger.com pon kena charge. Helpdesk pon laju membalas pertanyaan orang lain. Harga dan package hosting yang diberikan juga menarik menyebabkan aku tertarik. Untuk client aku juga, aku menggunkan package hosting ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply