Blog Picisan Dapat Offer Pengiklanan?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama sungguh aku tidak update blog. Sampai orang bertanya, lama tidak update blog. Sebenarnya aku ade banyak cerita tapi malas menyekat segalanya. Dalam lama-lama tidak update, ada juga hendak meletak iklan di blog aku. Itu yang aku pelik sebab blog picisan macam ini pon still ada orang yang jumpa.

Advertisement

Yang paling memelikkkan lagi adalah, company yang offer iklan itu adalah dari oversea. Bukan pulau pinang atau sabah, tapi UK. Bukan Ulu Klang atau pon ulu kayan tetapi united kingdom. Wah kelas ko jah! Pada mulanya aku ingat email spam atau sahaja hendak troll. Ye la, blog aku bukan tulis bahasa english atau belanda macam manalah diorang boleh terjumpa blog aku ni.

Dalam takut-takut kena tipu, aku layankan sahaja. Lagipun aku tidak rugi apa sebab dia tindak mintak transfer duit atau bank details. Bincang punya bincang, sampai ‘Oh My English!’ la jadinya. Setelah dua-dua setuju, maka pendahuluan diberinya sebanyak 100. Bukan seratus ringgi tetapi 100 dolar US. Jadi korang kiralah sendiri. Hendak merasa $1 dari adsense pon entah bilanya, jadilah merasa $100 dari diorang ni. Tunggu punya tunggu, masuklah duit itu dalam akaun paypal aku. Dapatlah memberi nafas aku dikala kesesakkan.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply