Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum dan sealamat pagi. Tidak terlambat untuk aku mengucapkan salam ramadhan. Fuh, punya lama aku tidak update aku punya blog. Sampai password CPanel pon sudah terlupa. Pagi tadi lepas bersahur terbukak tv2, ada live Perlawanan badminton Olympic, London. Aku tengok pon dekat-dekat hendak abis. Ye la bangun sahur pukul 5. Kul berapa game tu start pon aku x tau.

Tanda puas Datuk Lee Chong Wei

Apapun tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana melangkah setapak ke final. Peluang mendapat pingat tu ada. Petang ini aku dimaklumkan ada perlawan bergu lelaki juga untuk melangkah kaki ke final. Semoga berjaya juga aku ucapakan. Game lain? Ermm..rakyat Malaysia mengharap, diorang bagi harapan..Mana perginya janji ditepati. hak3..tiba2 lak.

Advertisement

Insyallah hari ni dan esok aku akan berbuka di luar. Tahun ini macam kurang berbuka di luar. Tahun lepas kerap juga dapat jemputan untuk berbuka di luar. Tahun ni walaupun dapat jemputan tapi kebanyakkan untuk seorang. Jadi x mungkin la aku nak pergi sebab aku kan berdua dah sekarang. Jadi kalau ada jemputan untuk berdua insyallah aku akan pergi.

Ok setakat ni jer.Insyallah kalau keranjinan aku ada, aku akan menulis lagi di blog aku ni. Ini bukan janji yer. Kalau janji, korang boleh nyanyi lagi janji ditepati tu.

P/S : Agak-agak lagu tidak sedap, cakap yang tu belum final. Cait!

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Leave a Reply