Majlis Iftar Colgate Bersama Anak Yatim

Assalamualaikum. Jumaat lalu aku mendapat jemputan ke majlis Iftar anjuran Colgate untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin. Dengan tema “Mari Beramal Bersama Colgate” majlis tersebut berlangusng dangan meriah dengan kehadiran hampir 100 orang anak-anak yatim dan miskin dari Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Isan yang terletak di Kuala Lumpur dan Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Gedung Lalang (Murad Foundation) yang terletak Serembam hadir untuk di raikan pada majlis tersebut yang di adakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.

Majlis iftar ini adalah sebahagian dari aktiviti amal Colgate sebelum ini Colgate telah membawa lebih 400 orang anak yatim ke Planetarium Negara untuk lawatan sambil belajar semasa pelancaran kempem ini. Untuk pengetahuan korang, kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” telah diadakan dari 1 July 2012 hingga 31 September 2012. Dengan setiap pembelian Colgate Maximum Cavity Protection atau Colgate Kayu Sugi, RM 10 sen akan di masukkan dalam dana “Mari Beramal Bersama Colgate” yang kemudiannya akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim terpilih. Selain itu korang juga dapat membantu mengumpul dana dengan ‘LIKE’, ‘PLEDGE’ dan ‘SHARE’ laman Facebook Colgate Malaysia (www.facebook.com/ColgateMY), kerana setiapnya Colgate akan menderma 50 sen, RM3, dan RM1.

Advertisement

Ok, setakat ini sahaja sebab hendak tulis panjang-panjang susah jugak sebab press release Colgate bagi dalam Bahasa Inggeris. Jenuh aku hendak translate. Jadi layankan jer gambar-gambar yang ada. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Churp-Churp atas jemputan ini dan tahniah kepada Colgate atas penganjuran majlis ini. Semoga anak-anak yatim tidak rasa terpiggir dikala hari raya semakin dekat ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Majlis Iftar Colgate Bersama Anak Yatim

Leave a Reply