Buka Puasa #ChurpOut

Assalamualaikum. Ahad lalu aku dan wife pergi ke majlis berbuka puasa anjuran ChurpChurp. Inilah jemputan iftar pertama yang aku terima untuk tahun ni. huhu.. Tapi x per, rezeki jangan ditolak. Majlis ini berlangsung di Songket Restaurant, KL. Selain aktiviti makan-makan ada juga aktiviti charity. Setiap orang yang hadir diminta membawa salah satu barangan berikut :

– Instant drinks (malt drink, chocolate drink, tea, coffee)
– Instant noodles
– Cookies
– Canned food (sardines/baked beans/curry etc)
– first aid items
– clothes/shoes in good condition

Advertisement

Barangan ini untuk diberikan kepada homeless. Apa yang special dekat Songket Restaurant ni? Makanan di Songket Restaurant bertemakan masakan melayu. Antaranya ikan patin masak tempoyak, ikan siakap masam manis, masak lemak udang nanas, rusuk salai berkicap, satey, bubur lambuk dan yang paling special dan laris, kambing panggang.

Cerita panjang pon tak guna. Layan jer gambar-gambar yang ada.

P/S : Cadang lepas berbuka hendak shopping raya kat jalan TAR. Tapi drive thru jer sebab parking takde

Leave a Reply