Apa Itu Nuffnang?

Assalamualaikum. Ha, nampak aku tengah rajin update blog. Kan dah terupdate dua entri satu hari. Zaman muda-muda dulu (sekarang sudah tu ker? har3..kata mejah), satu hari wajib ada 3 entri. Sekarang? 3 bulan 1 entri. Har3..lagi..

Dulu masa mula-mula aku blogging. Entri bertajuk inilah paling popular. Siap ada tutorial cara hendak join. Yang tidak boleh bla siap ada orang buat e-book lagi. Itu memang cari duit atas angin punya orang. Sekarang? Kalau blogger yang tidak tahu Nuffnang itu apa, memang pelik bin ajaib. Hampir 60% blogger join Nuffnang. Jadi tidak hairan lah dari office diorang sebesar rumah teres setingkat kini jadi teres dua tingkat.

Advertisement
Nuffnang Malaysia

Aku dulu memang active dengan Nuffnang ini. Kalau tidak percaya tengok menu Nuffnang atas ni. Tak pon korang boleh search jer Nuffnang kat search box atas ni. Sekarang? Sekarang tidak lagi sebab terlalu ramai sangat jadi aku mengundur diri dalam community Nufnang ni. Siap kena berebut BE (Buffered Earning). Yang dapat tu bangga letak kat blog, yang tidak dapat kempunan. Jadi aku join la Adsense, hendak berebut biar satu dunia.haha..

Dengar cerita, Nuffnang mula pilih kasih aka pilih bulu. Ala itu dari dulu aku perasan. Standard la bila orang hendak ber business. Mesti mau keuntungan ma. Jadi yang mana yang terkejor-kejor sangat duit itu, teruskan usaha anda. Jangan sampai keciciran pulok.

P/S : Dulu boleh kenal sorang-sorang yang join Nuffnang. Sekarang, terlampau ramai untuk dikenali. Jadi business card pengganti diri.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply