Mee Ketam KL, buat anda terliur

Ahad lalu #Selangorlicious telah membuat aktiviti Eat Out. Aktiviti makan-makan, tidak akan aku lepaskan begitu sahaja. Lagipun event itu berlangsung tidak jauh dari rumah aku iaitu Restoran Mee Ketam, KL.

Advertisement

Restoran Mee Ketam, KL terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Landmark dia amat mudah, iaitu berdekatan UNiSEL Shah Alam. Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan, anda ikut susur keluar iCity. Dari susur keluar itu, ada dalam 4 KM untuk ke Restoran Mee Ketam, KL.

Suasana tenang di dalam kedai
Antara penghargaan yang diterima

Aku dan wife gerak dari rumah kami di Klang dalam jam 12.00 tengah hari. Sampai restoran tersebut dalam 12.30 tengah hari. Keadaan kedai pada ketika itu agak lengang kerana Restoran Mee Ketam, KL baru memulakan operasi. Dalam jam 1.00 petang pengunjung mula membanjiri kedai tersebut, seperti banjirnya kuah kari di dalam mangkuk.

Antara menu dan senarai harga

Ok, time untuk order. Air special kedai ini adalah laicikang. Aku ingin tahu apa yang specialnya sampai di highlight oleh pelayan restoran tersebut, jadi aku order 1. Makan..sudah semestinya mee kari ketam kerana itu menu utama kedai tersebut. Anda juga boleh memesan menu lain antaranya; mee kari udang galah, bihun sup ketam dan bihun sup udang galah. Bagi yang tidak meminati mee atau bihun, anda boleh memesan nasi putih dengan kari ketam atau udang galah.

Laicikang dapat menghilangkan dahaga dan panas badan

Ok, pesanan sudah sampai! Mula-mula kita rasa laicikang untuk menyejukkan badan di tengah hari. Erm..memang terbaik. Dapat rasa gula merah dia. Isi di dalam memang lengkap. Buah mata kucing dia, bermata-mata banyaknya. Tekak sudah basah, mari kita rasa pula menu utama. Mee Kari Ketam!

Ketam memanggil..
Yumm…menyelerakan

Baiklah, kuah kari nampak pekat dan tidak pudar. Kita rasa kuahnya pula, erm..lengkap rempah dan santannya. Bila anda hirup secara perlahan, anda akan dapat rasa manis didalam kuah. Ya, rasa manis dari air rebusan ketam. Memang rasa kelainan dari mee kari biasa.

Wife aku makan tak pandang kiri kanan. Dari tidak minat mee, jadi minat
Ketam girl..katanya..

Aku ni peminat mee dan kueyteaw, jadi selalunya kalau makan di luar selalunya menu akan aku order adalah mee atau kueyteaw. Maka banyaklah kedai aku blacklistkan :D Untuk mee kari dari Restoran Mee Ketam, KL aku thumb up. Memang memenuhi citarasa aku. Ketam dihidangkan telah di potong bahagian atas, jadi mudahlah kita untuk mengambil isi ketam tersebut tanpa menggunakan penukul :D

Udang galah fresh
Tarra, nampak ganas tapi sedap. Memang rare

Ok selesai sudah mee kari ketam, sekarang kita rasa pula mee kari udang galah. Tidak jauh beza rasa mee kari udang galah ini dengan mee ketam, rasanya still sama. Udang dia memang rasa sedap kerana isi dia lembut dan putih. Menurut pemilik Restoran Mee Ketam, KL ini, udang galah tersebut diterbangkan khas dari Sabah. Pergh, boleh terbang udang tu nun jauh dari sabah bah. Patutlah udang galahnya besar-besar belaka. Siap terkeluar kaki dari mangkuk :D

Siapa yang ingin mencuba bolehlah berkunjung di Restoran Mee Ketam, KL di alamat No 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor. Restoran ini mula beroperasi dari jam 12:30 tgh hingga 10:00 mlm pada hari selasa hingga ahad, 5:00 ptg hingga 10 malam untuk hari jumaat dan tutup pada hari isnin. Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Mee Ketam, KL boleh like di Facebook mereka http://www.facebook.com/meeketam atau website mereka http://meeketam.blogspot.com/

Berusaha keras menyiapkan cendol aku

Sudah kenyang pekena mee ketam, sekarang masa untuk mencari pencuci mulut. Berdekatan Restoran Mee Ketam, KL itu, kita keluar dari bangunan tersebut. Pergi di atas jalan raya (hati-hati jangan kena langgar) pandang atas bukit yang ada pokok banyak-banyak, terselit satu gerai betul-betul di corner jalan berhadapan WorldWide Shah Alam. Cuba teka gerai apa? Ya cendol! Kasi bersenam sikit lepas makan dengan panjat bukit kecil. Dalam termengah-mengah cakap dekat orang tu cendol pulut satu. Siap..tarik kerusi merah ke bawah pokok redup. Duduk dan hirup. Bukan hirup udara segar, kita kasi hirup cedol tadi la..ermm..lega…sedap.. Selain cendol, terdapat juga laksa. Dengar cerita agak popular di kalangan penduduk di kawasan tersebut. Memang, bau dia pun cukup menyelerakan. Namun, perut aku dah kenyang. Tidak mengapa next time singgah, bukan jauh pun dari office.

Terima Kasih Selangorlicious

Itulah penjelajahan makanan selama satu hari. Siapa kata Shah Alam tiada tempat makan best. Terima kasih kepada #Selangorlicious kerana telah membawa kami menikmati makanan yang best-best. Jika anda ada cadangan atau mencari tempat makan yang best di area selangor, like di Facebook : www.facebook.com/selangorlicious, Follow mereka di Twitter twitter.com/#!/Selangorlicious atau di website http://www.selangorlicious.my/

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Mee Ketam KL, buat anda terliur

Leave a Reply