TAFSIR MIMPI : DIKEJAR BUAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua:)

Sesetengah orang suka betul baca bab-bab tafsir mimpi ni. kadang-kadang tu kelakar jugak tafsiran mimpi ni. ada ke patut mimpi dipatuk ular, orang dok kata “haaa..ada orang nak masuk meminang la tu…”. apa kaitan ular dengan rombongan meminang? ada pulak tu, ular dok melingkar je, tapi tak patuk pun. maknanya si pakwe tu tak yakin nak masuk meminang lagi tu. hehe. ok, yang ni aku reka je tafsir mimpi tu. jangan percaya pulak! :p

Semalam, baru je balik rumah selepas puas ber-honeymoon sampai sakit-sakit badan oii. *iklan

Biasanya kita ni didatangi mimpi sebab badan penat dan diganggu syaitan atau pun memang Allah nak bagi petunjuk / petanda melalui mimpi. tapi kes aku mimpi malam tadi ni, aku tak pasti apakah kena gangguan syaitan atau petunjuk dari Allah.

Diringkaskan cerita, seorang rakan telah dikejar oleh seekor buaya yang saaaangat besar! bukan di air tapi di darat! punya pelahap buaya tu sampai ke darat pun dikejarnya. dalam ramai-ramai manusia kat tempat kejadian, rakanku yang seorang ini jugak yang jadi target sang buaya. yang lain, hanyalah penonton.

Sehingga sampai 1 tempat, damn! jalan mati! si rakan dah tak ada tempat untuk melarikan diri. dan tidak semena-mena buaya melompat untuk membaham. dan sekelip mata juga suasana sekeliling berubah. kami kini berada dalam sebuah bilik air yang hanya ada sebuah tab mandi manakala si rakan tadi dah bertukar menjadi seekor ikan kembung yang menggelepar di dalam tab mandi itu. hoh?

Dah nama pun mimpi, jangan tanya lah kenapa orang bertukar jadi ikan, kan?:p

Ngap! ngap! ngap! buaya membaham mangsa. ok, ngeri! aku tak dapat bayangkan betapa takutnya aku tengok buaya tu carik-carik dan kunyah-kunyah ikan kembung tu sampai hancur. eh? buaya makan ikan kembung ke? ahaks!

Ehhh.. dah kata mimpiiii.hehe

Dengan kuasa Allah, aku mampu keluar dari mimpi ngeri. ya! percayalah, aku memang mampu mengawal diri ketika dalam mimpi ngeri. aku mampu keluar dari mimpi ngeri dan kembali ke alam sedar jika alami mimpi yang menakutkan.  memang kena banyak berlatih ye..:p

Dalam pada aku rasa mamai akibat terkejut dari mimpi ngeri, tiba-tiba, terdengar ada 1 suara membisikkan kata-kata “itulah akibatnya kalau tak bayar hutang..kan dah dikejar dek buaya…”

Tak fikir apa-apa, tido balik…

Bangun pagi tadi, terus fikir “sejak bila along (ceti haram) bertukar jadi buaya?”

Moral of the mimpi : jangan buat-buat lupa pulak kalau berhutang. bayar cepat!:D

  4Comments

  1. Cik Norfa   •  

    haha…hutang apa pulak tu? ekekeke

    • Red Linda   •     Author

      aku x tahu laaa..sbb bkn aku yg jadik mangsa buaya tu:D

  2. joyiman   •  

    Along macam buaya juga pelahap,kalau tidak bunganya takla tinggi

    • Red Linda   •  

      hahahaha…itu pun masuk list jugak tu!:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>