Review : Libas

Bukan Lipas. Bukan Kibas, Tapi ianya Libas. Pada minggu lepas aku dapat jemputan untuk pra tonton cerita Libas. Sebelum pergi aku tidak buat research tentang cerita ini jadi aku tidak tahu cerita ini tentang apa. Masa sampai dan dapat ticket dan press kit, first impression aku menyatakan cerita ini tidak best sebab pengarah baru dan cerita pasal sepak takraw. Apa? Sepak takraw? What the hack takraw. Mesti membosankan cerita ini. Bak kata Johan Raja Lawak dalam cerita ini, “Ade tak sepak takraw dalam PS2? Jadi apa barang main sepak takraw”.

Advertisement

Aku mengucapkan tahniah kepada penulis skrip cerita Libas ini Martias Mohd Ali dan pengarahnya Jurey Latif Rosli sebab berjaya mengubahkan persepsi aku tentang cerita Libas ini. Libas mengisahkan Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti. Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara?

Rosyam melamar Johan supaya bertanding dalam Libas
Pesaing hebat Malaysia, Siam

Libas menampilkan pelakon yang handal seperti Rosyam Nor,Scha Al-Yahya,Johan Raja Lawak,Beego,Fadzly Kamarulzaman,Mohd Razib Salimin dan ramai lagi memberi impak yang besar dalam cerita tersebut. Dari perhatian aku cerita ini seperti Shoolin Soccer bahkan ada sesetengah babak sama dengan Shoolin Soccer. Teknik CGI yang digunakan boleh la, cuma perlu menambah penelitian dalam beberapa scene agak tidak nampak kartun. Jalan cerita agak mendatar, jika tiada scene komedi aku rasa penonton akan berasa bosan. Lawak Johan dan Kumuk yang menghidupakan cerita ini.

Menghidupkan cerita ini, Kumok dan Johan
Dalam ayu tetap ganas, Scha bermain takraw

Aku bagi 3/5 bintang untuk cerita ini. Kira cerita ini enjoy ditonton, kira ok bagi pengarah baru untuk lahirkan cerita seperti ini. Tahniah diucapkan. Pada sesiapa yang ingin menonton boleh ke pawagam berdekatan anda yang mula ditayangkan 29 September 2011

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “Review : Libas

Leave a Reply