Cukai Prabayar Ditangguhkan

Sebelum ini kecoh lepas telco mengumumkan ingin mengutip cukai 6% dari pengguna mereka. Masing-masing mengeluh dan ada yang kutuk kerajaan. Korang ini main bedal jer hendak cakap. Cukai perkhidmatan mula dikenakan sejak 13 tahun lepas baru sekarang mereka hendak kutip dari pengguna. Sebelum ini syarikat telco hendak menampung cost cukai tersebut.

Jadi salah siapa? Kalau anti kerajaan sekalipun cakap biar fikir dulu. Jangan main ikut sedap mulut jer. Korang tidak maki lak Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya yang untung berjuta-juta. Sedangkan kerajaan dapat sedikit sahaja keuntungan mereka dari cukai yang dikutup untuk membantu rakyat membina jalan, masjid, hospital dan sebagainya.

Advertisement

Ini berita baiknya baik siapa yang tidak puas hati :

2011/09/12 TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar. “Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi. Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini

Petikan Berita Harian

Baca betul-betul, TANGGUH bukan mansuh.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Cukai Prabayar Ditangguhkan

  1. untuk pengetahuan, 6% Gov Tax mmg dh incurred lame dh sesaing dgn post-paid…ttp pd ms tersebut, oleh kerana sykt telekomunikasi nak bersaing dan menarik pelanggan spy menggunakan pre-paid, jd mereka bear the cost..its mean the 6% Gov.Tax dibyr dr hasil jualan net prabayar tersebut. namun mereka tetap menikmati keuntungan yang tinggi. tetapi kini, apabila mereka (sykt telekomunikasi) merasakan setiap org tak kira student mahupun org yang telah bekerja, tidak boleh idup tanpa prepaid, jadi mereka mengenakan caj itu kpd pelanggan mereka. jadi salah siapa?….rakyat sebenarnya telah dikenakan caj 6% Gov.Tax tersebut dari dulu lagi cuma mereka tak sedar sahaja….

    ape yg kerajaan dapat daripada keuntungan sykt telco adalah menerusi cukai pendapatan @ cukai korporat. cukai perkhidmatan bukan daripada keuntungan syarikat kerana cukai tersebut dikenakan terus kepada pengguna.

    rakyat selama ini tidak sedar keperluan mereka telah dikenakan cukai tetapi kerajaan rugi kerana pihak peniaga memanipulasi harga so cukai sebenar yg dibyr oleh rakyat tidak semuanya diperoleh kerajaan…oleh kerana itu, GST akan diperkenalkan selaras dgn hampir 150 negara didunia. bnyk kebaikannya kerana GST itu lebih telus dpd sistem percukaian skrg yang bnyk loophole

  2. TU LA PASAL.. DALAM BLOG AKU PUN ADA CERITA CAMNI.. BUKAN AKU NAK BANTAH SANGAT KERAJAAN, TAPI AKU BANTAH SYARIKAT SWASTA YANG SENANG2 NAK NAIKKAN HARGA… KERAJAAN PULA KALAU ADA SESUATU BARANG YANG NAK NAIK, KENA KAWAL BEBETUL, TEGAS KENA TEGAS.. WALAUPUN TU ADA CUKAI DARI KERAJAAN, TAK BOLEHKE SWASTA NI SERAP CUKAI YANG BERAPA SEN TU..

Leave a Reply