Pengakuan Lisa Surihani Tentang Hubungan Dia Dengan ‘Z’

Assalamualaikum. Ingat lagi dengan entri ini Majlis IFTAR Bersama DiGi dan Artis. Masa event tersebut, Lisa Surihani juga turut hadir memeriahkan majlis. Selepas tamat event aku sempat menemuramah Lisa Surihani sebentar. Ikuti temubuat kami secara exclusive di anakperak.com

Aku : Assalamualaikum Lisa. Saya dari blog anak perak dot com ini menemuramah Lisa sebentar boleh tak?
Lisa : Waalaikumusalam. Boleh apa salahnya (sambil mengukir senyuman yang menawan)

Aku : Terima Kasih. Ok straight foward. Sebenarnya apa hubungan Lisa dengan Yusri?
Lisa : Owh, Lisa sudah agak awak akan tanya soalan itu. Sebenarnya kami tidak ada apa-apa hubungan. Sekadar hubungan kerja sebab Yusri tawarkan saya untuk berlakon cerita baru mereka.
Aku : Apa tajuk cerita itu?
Lisa : Dari apa yang Yusri cakap, tajuknya Hikayat Warung Setiawangsa. Tapi tajuk itu tidak pasti.

Aku : Lisa tahukan selepas gosip mengatakan Lisa hendak kahwin dengan Yusri, ramai lelaki diluar sana frust tambah-tambah Hamzah.
Lisa : Lisa tahu. Lisa mintak maaf. Sebab itu Lisa buat pengakuan ini bagi menjernihkan keadaan.
Aku : Sebut pasal Hamzah, Lisa kenal dia? Bagaimana hubungan Lisa dengan dia?
Lisa : Owh Hamzah Terbang Tinggi-tinggi ya? Ya, saya kenal dia. Beberapa kali kami berjumpa dalam beberapa event. Dia pernah ajak Lisa couple tapi Lisa tolak. Sekarang kami lama tidak contact.
Aku : Kenapa Lisa tolak?
Lisa : Sebab dengar cerita dari rakan blogger lain, dia suka buat entri lucah. Jadi Lisa jadi takut (sambil ketawa kecil)
Aku : Ha, cerita terbaru. Lisa dengan jejaki ‘Z’ sekarang. Datang hari ini pon dengan dia.
Lisa : (Tersenyum) Eh, kami baru sahaja kenal. Tengah mengenal hati budi masing-masing.
Aku : Owh ye ker. Dengar cerita dari dari luar sana ‘Z’ tu telah bertunang. Lisa tahu?
Lisa : Ye ker? (Muka frush dan lari ke tandas)

Advertisement

Selepas itu mereka balik sendiri-sendiri. Siapakah lelaki ‘Z’? Anda ingin tahu? Inilah gambar mereka sebelum Lisa tahu yang dia telah bertunang.

P/S : Ini adalah gurauan semata-mata dalam bulan ramadhan. Peace no war.haha..

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

7 thoughts on “Pengakuan Lisa Surihani Tentang Hubungan Dia Dengan ‘Z’

Leave a Reply