Akhirnya Sony Ericsson Keluarkan Android 2.3.5

Setelah mendengar ura-ura Sony Ericsson hanya akan keluarkan Andriod 2.1 sahaja akhirnya mereka telah merungkai segala persoalan tersebut dengan mengeluarkan update Android 2.3.5 Gingerbread untuk Sony Ericsson X10. Dengan keluarnya update tersebut mungkin akan meningkatkan penjualan telefon jenama Sony Ericsson yang sebelum ini mungkin kurang mendapat perhatian setelah pengguna mengambil langkah tunggu dan lihat. Ada sesetengah pengguna beralih ke jenama lain kerana tidak sabar menunggu seperti aku. keh3..

Advertisement

Updates ini membolehkan Facebook for Xperia berfungsi di X10, selain itu antara fungsi lain yang diperolehi adalah pinch-to-overview gestures, Wi-Fi dan USB tethering, Flash , Apps to SD support, new media experience widgets dan customizable horizontal app tray. Yang sedihnya X10 tidak support untuk 16 Million color display, unlocked boot loader dan multi-touch yang sepatutnya ada dalam fungsi Gingerbread.

Namun pengguna X10 Mini Pro, X10 Mini dan X8 tidak dapat updates ini kerana RAM yang rendah. Jadi bertukarlah ke X10 :D Apapun pengguna Sony Ericsson X10 boleh update phone mereka di PC Companion. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang Sony Ericsson.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Akhirnya Sony Ericsson Keluarkan Android 2.3.5

Leave a Reply