Website Nuffnang Kena Hack?

Eh ye ker website Nuffnang kena hack? Aku tidak perasan pulak. Kenapa aku tidak perasan? Sebabnya aku lama tidak bukan website Nuffnang. Kalau tidak silap aku ini gelombang pertama hackers untuk website bukan kerajaan. Kira ok la sebab website kerajaan kena sudah kena dua kali gelombang. Masa kejadian UiTM tengah melakukan simulasi Disaster Recovery. Jadi semua sistem di UiTM tutup dari 5.30 hingga ke petang ke esokkan harinya. Jadi selamat sikit kalau hendak kena.

Siapa hacker tu? Aku hendak mintak tolong diorang up kan earning aku tu. Cukuplah tambah dua lagi kosong di belakang.haha.. Cis ingat senang jer hendak ubah earning. Aku pasti Nuffnang ade buat backup database. Jadi kalau ade perbezaan data mereka akan perasan. Walaupon mereka kata website mereka telah berjaya di pulihkan aku rasa disebalik tu, teruk jugak kena buat audit semula.

Advertisement

Apa pun tahniah kepada Nuffnang sebab berjaya memulihkan kembali website mereka. Pastikan hackers tidak menanam apa-apa di server mereka dan aku cadangkan berpindahlah dari platform wordpress tu sebab tidak sesuai dengan jumlah pengguna yang ramai. Untung banyak ma..

Untuk pasukan hackers, aku ucapkan tahniah kepada korang sebab menyedarkan admin dan webmaster yang bangga diri. Aku tahu tujuan korang untuk menyedarkan mereka. Tapi tidak tahulah kumpulan hackers yang lagi satu. Majulah hackers untuk negara.

P/S : Aku tau blog ni ade lobang jd jangan hack blog aku lak, aku dah puji korang baik punya.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Website Nuffnang Kena Hack?

Leave a Reply