Sony Ericsson W8, Baru Tetapi Tetap Old School

Sony Ericsson W8 dikeluarkan pada bulan Mei 2011. Boleh dikatakan baru atau fresh di pasaran. Model ini adalah penambahan model Sony Ericsson untuk kategori Walkman Phone. Kalau tidak silap aku inilah model pertama untuk kategori Walkman Phone yang menggunakan OS Android. Aku memang minat dengan telefon Sony Ericsson tambah-tambah kategori walkman ini. Model terakhir aku pakai adalah Sony Ericsson W910i. Sekarang still pakai lagi Sony Ericsson tetapi model XPERIA X8.

Pada yang pernah pakai Sony Ericsson jenis walkman mesti korang tahukan kelebihan telefon ini. Ya, iaitu player muziknya dan sound dia. Untuk model ini aku tidak mencubanya lagi. Tetapi aku pasti sound systemnya mesti best. Untuk package Sony Ericsson W8 ini, korang akan dapat mini speaker percuma.

Sony Ericsson tetap mengekalkan trademark User Interface (UI) untuk telefon Sony Ericsson W8 ini. Sama seperti model Sony Ericsson XPERIA X10, Sony Ericsson XPERIA X10 mini dan Sony Ericsson XPLAY empat penjuru tetap dikekalkan. Menu jenis ini memang tidak disukai pengguna seperti aku sebab shortcut menu terhad kepada empat. Kalau kita letak call, contact, camera dan internet sudah cukup empat penjuru. Mana hendak letak untuk shortcut aplikasi yang kita selalu guna seperti facebook, email, twitter, games dan sebagainya.

Apa maksud kata-kata aku dengan “Baru tetapi tetap old school”? Walaupun Sony Ericsson mengeluarkan model telefon yang paling terbaru sekalipun, mereka tetap menggunakan OS Android 2.1. Daripada sumber-sumber yang dipercayai, Sony Ericsson tidak akan update version Androidnya. Sebabnya aku sendiri tidak pasti.

Apa salahnya pakai Android 2.1? Memang tiada masalah jika sekadar korang gunakan untuk call atau sms. Tetapi apabila korang menggunakan Android sudah pasti ingin install pelbagai aplikasi sebabnya di Android Market terdapat beribu-ribu aplikasi yang kebanyakkan percuma.

Yang menjadi masalahnya untuk Android 2.1, aplikasi tidak boleh di install di memory kad. Untuk model Sony Ericsson W8, internal memory adalah 128MB. Cukupkah? AngryBird sudah ambil berapa MB space. Selain itu Android 2.1 tidak boleh install flash player. Sekarang banyak website menggunakan flash sebagai platform mereka. Jadi menjadi masalah apabila kita browsing internet.

Perkara ini boleh diperbaiki dengan korang install ROM baru. Tetapi berapa ramai yang rajin untuk explore benda ini. Bagi pengguna, mereka kalau boleh hendak beli dan teruk boleh gunakan fungsi yang terdapat di phone tersebut. Bebaloi atau tidak untuk bayar RM 799 untuk telefon tidak sepenuhnya memenuhi kehendak kita. Tepuk dada tanya selera.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Sony Ericsson W8, Baru Tetapi Tetap Old School

    1. Sejak bila yer android 2.1 boleh root yer. kecuali ko root kan phone ko. klu ko root pon x semua apps boleh ko install ke sdcard

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.