DiGi Sony Ericsson W8 Press Launch

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Malam tadi aku dapat invitation dari Nuffnang untuk majlis pelancaran DiGi Sony Ericsson W8. Lama gila aku tidak pergi event anjuran Nuffnang ini. Macam biasa event DiGi mesti buat dekat kelab malam. Kali event ini berlangsung di Mist Club yang terletak di Jalan Liku, Bangsar. Macam pernah dengar jalan ini. Bukan dulu ada studio rakamankan?

Ada la kenal beberapa blogger seperti Zaid, DayDeck, Firdaus ( Bukan blogger tapi mak dia blogger ), Zuri dan Afra Yuri. Event ini bertujuan untuk memperkenalkan package telefon terbaru dari DiGi iaitu Sony Ericsson. Sebelum pelancaran tersebut adalah persembahan dari Wakaka Crew dan Kugiran di Tepi Pantai (Ye ker nama group diorang ni). Persembahan Kugiran di Tepi Pantai yang paling aku suka. Boleh membuat orang menari wo..

Advertisement

Aku ceritakan serba sedikit tentang Sony Ericsson W8 dan package yang di tawarkan oleh DiGi. Harga pasaran untuk telefon Sony Ericsson W8 ialah RM 799 tetapi dengan DG Smart Plan 68 dengan kontrak 24 bulan anda boleh memiliki Sony Ericsson W8 dengan harga serendaah RM 99. Untuk spefikasi anda boleh lihat disini Specifications Sony Ericsson W8 Walkman Phone

Dalam event ini tiga orang blogger telah di pilih untuk menjadi reviewers untuk telefon tersebut dan reviews terbaik akan memiliki telefon tersebut. Aku pergi disana sembagai penonton sebab aku datang untuk collect phone untuk di review juga. Phone apa yang aku dapat. Tunggu entri aku berikutnya..

Untuk gambar sekitar event tersebut korang boleh lihat disini : Facebook Anak Perak

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “DiGi Sony Ericsson W8 Press Launch

Leave a Reply