DiGi OMG Features

Ingat lagi dengan entri aku bertajuk First Impression, OMG!. Dalam entri sebelum ini anda masih tidak jelas model telefon apa yang aku gunakan. Baiklah sekarang aku ingin memperkenalkan DiGi Prepaid OMG Package.

Advertisement

Dengan package DiGi Prepaid OMG anda akan mendapat sekali sebuah CSL BlueBerry 7300. Phone ini memang comel, iaiut sebesar compact powder. Kecil bukan sebarangan kecil, bak kata pepatah kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil tetapi banyak aplikasi.

Antara aplikasi yang terdapat dalam phone ini ialah Yahoo! Search, Yahoo! Weather, Yahoo! News, Yahoo! Mail, Yahoo! Messenger. Senang cerita semua aplikasi Yahoo! terdapat disini. Hendak kata Yahoo! phone pun ada, tetapi bukan sebab ini OMG phone. Aplikasi Yahoo! yang selalu aku gunakan ialah Yahoo! Messenger dan Yahoo! Mail. Memang mudah untuk aku chat dan memeriksa email di mana jua dan pada bila-bila masa kecuali ketika mandi sebab takut basah. Dasyat mana telefon itu, still takut air :D

Selain aplikasi Yahoo! terdapat aplikasi lain seperti Twitter, Facebook Chat, Google search, Opera Mini dan banyak lagi. Oh, memang gila. Tetapi ada satu aplikasi yang menarik minat aku ialah Azan Alarm. Bukan setakat anda boleh lihat waktu solat malah boleh juga dengar azan bila sampai waktu solah. Oh, My God. Memang mudah menggunakan telefon ini dengan menggunakan keypad QWERTY yang besar berbanding smartphone lain dan terdapat banyak shortcut di keypad tersebut bagi memudahkan pengguna. Selain itu, yang paling aku suka OMG phone ini support dual sim. Oh, memang geliga. Menjimatkan bila orang ada dua nombor tanpa perlu beli dua telefon atau bertukar-tukar sim.

Takkan phone sahaja dapat, kata package? Oh, memang gelojoh. Ha, sekarang hendak cerita apa lagi yang korang dapat selain OMG phone. Anda akan mendapat DiGi® Easy Prepaid SIM Pack with RM8 preloaded credit (RRP: RM16.80).

Apa kelebihan DiGi® Easy Prepaid? Selain liputan DiGi yang kita sedia maklum cukup meluas, anda akan dapat sms dan berbual secara percuma dari 12 tengah malam hingga 8 malam kepada 3 orang Buddyz. Untung berganda namanya ini. Sudahlah dapat sekali DiGi® Easy Prepaid dalam DiGi® Easy Prepaid juga anda dapat berjimat lagi. Oh, Memang Ganda!

Tidak cukup dengan itu, dengan DiGi Prepaid OMG anda akan perolehi 300MB data/internet secara percuma selepas penggunaan RM40 DiGi® Easy Prepaid. Oh, Memang Gempak!

Anda akan memperolehi semua ini dengan HANYA RM299! Oh, Memang Gila! Jadi apa tunggu lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : http://www.digi.com.my/whatshot_v3/prepaidOMG/landing.do

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “DiGi OMG Features

Leave a Reply