Tanah Runtuh Hulu Langat, Selangor : Sudah Terhantuk Baru Mengadah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kira-kira jam 2.30 petang bertarikh 21 Mei 2011 satu kejadian tanah runtuh berlaku di Hulu Langat, Selangor. Kali ini yang menjadi mangsa anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Enam belas orang terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.

Advertisement

Setelah kejadian itu berlaku, berpusu-pusu wakil rakyat dan jabatan-jabatan berkenaan turun padang ke tempat kejadian yang sebelum ini mereka sendiri tidak tahu wujudnya madrasah disitu. Pakar-pakar kaji tanah masa inilah hendak keluar TV mengatakan tanah ini tidak selamat diduduki. Cait! sudah runtuh baru cakap. Semua orang tahu tentang itu sebab benda sudah runtuh. Masa inilah baru nampak ada kolam atas bukit itu. Sebelum ini mana hilangnya penguatkuasaan? Semua pejam mata aka tidur ker?

Lepas kejadian itu barulah berpusu-pusu orang hendak bagi derma. Berpuluh-puluh ribu kerajaan dan syarikat swasta bagi sumbangan. Rumah anak-anak yatim yang lain yang belum runtuh tidak mahu pula bagi? Sampai mereka terpaksa ke hulur ke hilir meminta sedekah untuk meneruskan hidup atau diorang ini hanya ingin mendapat publisiti? Sebut pasal publisiti, aku menyampah tengok aduan rakyat. Sebab apa? Bukan sebab cerita itu tapi menyampah tengok penguatkuasa atau wakil rakyat. Bila keluar TV baru hendak bertindak. Aduhai Malaysia ku….

Aku harap yang menguruskan derma dan sedekah itu dapat menguruskan dengan baik.

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

(Surah An-Nisa’: 2)

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

(Surah An-Nisa’: 10)

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya aku lihat kami ini orang yang lemah. Sesungguhnya aku sangat menyayangimu. Janganlah engkau memberikan kepimpinan kepada dua orang sekaligus dan janganlah engkau membiarkan harta anak yatim dikuasai oleh orang yang tidak bertanggungjawab.”

(Hadis riwayat Muslim)

“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda: “Hindarilah tujuh perkara yang merosakkan (dosa besar).”
Mereka berkata: “Apakah dia wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan (jalan) yang hak (yang dibenarkan oleh syara‘), makan riba, makan harta anak yatim, melarikan diri ketika perang dan menuduh (berzina) wanita-wanita yang muhshanat (wanita yang menjauhkan perkara dosa) yang beriman lagi tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya.”

(Surah An-Nisa’: 6)

P/S : Mari sama-sama kita sedekah al-fatihah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh tersebut.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply