Masalah Obesiti Pelajar Sekolah : Kenapa Sekolah Perlu Bertanggungjawab?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Baru-baru ini kecoh tentang masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah. Yang menjadi kambing hitam dalam permasalahan ini adalah pihak sekolah. Kenapa pihak sekolah selalu dipertanggungjawabkan bila berlsaya masalah kepada pelajar. Bila anak ponteng, salahkan sekolah. Bila anak mencuri, salahkan sekolah. Sekarang bila anak gemuk juga disalahkan sekolah. Adakah anak-anak habiskan masa diorang 100% di sekolah dan adakah tanggungjawab mendidik anak-anak di letakkan di bahu guru sahaja?

Yang saya paling tidak paham kenapa masalah obisiti dikaitkan dengan sekolah? Cuba mereka kaji, berapa peratus pelajar sekolah akan makan di kantin sekolah waktu rehat? saya rasa tidak sampai 60% pelajar akan makan di kantin sekolah. Masa saya zaman sekolah dulu, saya tidak suka makan di kantin sekolah disebabkan ramai orang dan masa rehat yang amat terhad. Jadi tidak ramailah yang makan di kantin sekolah, jadi mengapa sekolah di persalahkan bila pelajar gemuk?

Dalam berita Buletin Utama semalam menyatakan ibu bapa memberi belanja sekolah dari RM5 hingga RM20 sehari. Yang RM20 itu mungkin ibu bapa sibuk bekerja jadi mereka bagi duit belanja lebih kepada anak mereka untuk membeli makan tengah hari. Makananan di kantin sekolah banyak mana kuantitinya? Sepinggan nasi lemak tidak sampai secawan nasi dan banyak mana santan yang digunakan untuk peniaga yang mengejar keuntungan. Kita kena fikir apa yang anak-anak makan selepas waktu sekolah. RM20 lebih dari cukup untuk pelajar itu makan ‘fast food’ seperti McD,KFC dan sebagainya. Kalau tidak makan fast food, balik rumah makan sampai dua pinggan nasi yang dimasak oleh ibu.

Untuk selesaikan masalah, kita kena cari akarnya. Sepatutnya ibu bapa dan sekolah dipertangungjawab untuk menjaga pemakanan pelajar. Jangan hanya menunding jari kepada pihak sekolah kerana saya rasa pelajar banyak makan di rumah berbanding di sekolah. Mengenai cadangan untuk melantik pakar pemakanan di setiap sekolah, saya rasa tidak perlu sebab yang paling utama ialah menyemak semula subjek pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK). Sebab saya lihat sesetengah guru ambil mudah tentang subjek ini seperti contoh bila tiba waktu subjek PJK, guru akan ambil bola dan bagi pelajar mereka untuk main dan selepas itu guru tersebut akan duduk bilik guru untuk bersembang atau baca surat khabar untuk sementara menunggu waktu subjek PJK tamat. Adakah guru tersebut pasti semua pelajar beliau akan bersukan? Saya rasa tidak.

Zaman sekarang berapa ramai pelajar yang berjalan kaki atau menunggang basikal ke sekolah? Saya rasa tidak sampai 30%, oleh itu senaman pagi sudah tidak wujud dalam rutin harian seorang pelajar. Jadi kita perlu berharap dengan subjek PJK yang hanya diadakan seminggu sekali tersebut. Kalau subjek PJK tersebut tidak digunakan sepenuhnya, memang rugi. Sepatutnya masa PJK tersebut guru boleh mengajar cara pemakanan dan melakukan aktiviti sukan, jadi tidak perlu mengganggu masa pembelajaran pelajar untuk membuat taklimat kesihatan.

Emi

  2Comments

  1. Cik Norfa   •  

    bernas!! setuju!!! kite bakorr….bakor lemak!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>