Kekurangan Android 2.1

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ingat lagi dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk Kini Aku Menjadi Ahli Keluarga Android. Aku telah janji dengan korang hendak ceritakan serba sedikit tentang Sony Ericsson XPERIA X8. Sorry lambat sedikt sebab tidak ada masa untuk menulis.

Sony Ericsson XPERIA X8 menggunakan os Android 2.1. Sekarang kalau tidak silap aku version Android yang terbaru 2.3. Sony Ericsson tidak release lagi Android 2.2 mahupun 2.3. Apa membezakan 2.1 dan 2.2 keatas?

Advertisement

Baiklah aku ceritakan sedikit kelemahan sebelum aku pergi meeting pagi ini. Antara kelemahan Android 2.1 adalah tidak support flash. Jadi kalau website yang ada flash browser phone yang mempunyai os Android 2.1 tidak boleh paparkan.

Lagi satu kelamahan Android 2.1 adalah applikasi tidak boleh di install ke memory card. Tetapi masalah ini boleh di atasi dengan menginstall aplikasi Link2SD ke dalam root phone korang. Kenapa aku mention root sebabnya Sony Ericsson XPERIA X8 user tidak boleh access root. Untuk access root korang kena gunakan aplikasi seperti SuperOneClick. Tetapi sebelum itu korang kena buat new partion di memory card untuk meletakkan fail system.

Korang boleh tengok tutorial di sini. Kalau tidak faham jangan malu-malu tanya di forum tersebut atau tanya aku sendiri di sini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Kekurangan Android 2.1

Leave a Reply