Boleh Tak Azan Tu Perlahankan

Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Alhamdulillah aku baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu jumaat. Hari jumaat yang mulia ini aku hendak kongsi dengan korang satu kisah yang diceritakan oleh seorang. Resident Staff (RS) atau orang panggil warden asrama kepada aku dalam satu ceramah. Cerita ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman beliau.

Baiklah,kisahnya bermula dari satu majlis perjumpaan yang diadakan oleh pihak asrama dan penduduk dikawasan sekitar asrama. Majlis perjumpaan ini adalah bertujuan untuk penduduk sekitar asrama tersebut meluahkan apa terbuku dalam hati kepada pihak pengurusan asrama tentang ketidakpuasan hati terhadap penghuni asrama tersebut.

Advertisement

Maka bermulalah sesi meluahkan perasaan. Sorang-sorang bangun memberitahu apa mereka rasa dari masalah kebersihan sehinggalah masalah pelajar asrama buat bising malam-malam. Maka sampailah giliran seorang lelaki melayu ini. Berdirilah dia. Dia bagitahulah permintaan dia. Dia meminta boleh tak azan asrama tersebut diperlahankan sebab mengganggu kententeraman awam. Warden asrama tersebut terdiam seribu bahasa. Aku yang mendengar cerita tersebut beristifar panjang.

Aku ingat masalah melaungkan azan hanya berlaku diluar negara rupanya di Malaysia juga berlaku. Cuma yang membezakannya diluar negara ditentang oleh masyarakat yahudi tetapi di Malaysia ditentang oleh masyarat kaum melayu yang sudah terang-terang beragama Islam.

P/S: Jangan jadikan Islam sebagai keturunan, jadilah islam itu sebagai pegangan hidup

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Boleh Tak Azan Tu Perlahankan

  1. melampaula spi wat permintaan perlahankan azan. tak patut, kalau cina yg mintak ok gakla. boleh dipertimbangkan kewajaran permintaan itu. tp Melayu mtk, mmg tak wajar lgsg.

  2. Sekarang ni… Orang Islam sibuk nak hak kesamarataan, tak sedar diri sendiri tgh ‘bungkus’ Islam.

Leave a Reply