MyGovernment, portal paling buruk aku pernah lihat

Apa itu myGovernment? Portal rasmi kerajaan Malaysia. Nampak perkataan rasmi tu? Maksudnya semua maklumat tentang Malaysia boleh di perolehi disitu? Semua ker? Macam tidak banyak sahaja maklumat yang di perolehi disitu. Sudahlah susun aturnya berterabur. Tidak support Mozilla pula. Memang memalukan negara betul. Portal ini merupakan maklumat rasmi negara Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang melayarinya bahkan orang luar juga.

Begini susun atur portal myGovernment bila menggunakan Mozilla Firefox

Macam la tiada designer-designer yang bagus di Malaysia ini. Aku rasa kalau suruh student universiti design lagi lawa siap boleh beri secara percuma. Kalau susah sangat upah sahaja orang yang design blog Dato’ Sri Najib Razak, 1 Malaysia. Tidak perlu cari jauh-jauh. Siapa yang kerja di Jabatan Perdana Menteri itu, tolonglah bangkit pasal isu ini. Karang apa orang luar cakap, blog menteri punya lawa tetapi portal negara?

Advertisement
Portal negara Singapura siap support Android mobile lagi

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “MyGovernment, portal paling buruk aku pernah lihat

Leave a Reply