Jangan Tertipu Dengan Hosting dan Domain Murah

Assalamualaikum. Ok, sape guna domain dan hosting under company NetKl. Kenapa korang guna? Sebab murahkan? Macam mana perkhidmatan customer service diorang? Adakah memuaskan?

Aku baru sahaja deal dengan diorang. Siap ada live chat lagi dengan cutomer service. Cakap kencang-kencang bila kita tanya tentang technical isues terus dia mengaku yang dia bukan dari technical team. Buat penat aku taip. Cis!

Advertisement

Jangan tertipu dengan benda yang murah tapi perkhidmatan macam hampeh. Mat saleh cakap value for money. Jadi kita keluar duit untuk perkhidmatan yang memuaskan dan tiada charge tersembunyi. Setakat nak setup map domain ke blogger pon kena charge baik tak payah. Dulu free jer. Semenjak naik harga sekarang dah pandai cahrge perkhidmatan.

Hosting aku tidak tahu la dia charge atau tidak. Nasib baik aku tidak amik hosting dekat diorang. Entoh-entoh mau charge pelbagai. Setakat ini aku gunakan hosting tiada charge untuk setup kecuali kalau korang pakai dedicated server. Jadi, kalau korang hendak perkhidmatan customer yang baik janganlah pilih NetKl walaupon murah.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Jangan Tertipu Dengan Hosting dan Domain Murah

  1. dulu masa pakai blogspot, i beli domain dekat netkl, masa tu takda masalah pun. tapi bila chokilala nasihatkan, nak beli hosting jangan beli yang murah. terus i transfer domain ke datakl sekaligus beli hosting. datakl terbaik, tak pernah problem. pernah sekali bandwidth habis, diorang kasi chance tambahkan bandwidth sikit :)

  2. apa ni… kan kak sumi pakai NETKL…
    tapi so far tak der pun apa2 problem.. kecuali yg hari tu jerla…
    huhuhu… so ko nak suh akk tukar hosting ker wei???

  3. Salam. saya pengguna domain dan hosting dari netkl. Pada pendapat saya servis mereka ok dan memuaskan. diaorg lain pertanyaan kita 24jam tu. Harga pun takde la murah sgt rm60 ok la utk setahun.

Leave a Reply