Dari main jentik-jentik, baik buang jentik-jentik

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior

WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Advertisement

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.

Lanjut…

Petikan Berita Harian.

Macam-macam hal budak sekolah ini. Sudahlah sekolah berasrama penuh, tapi perangai macam budak sekolah rendah. Sudah tidak ada kerja la tu sampai dok jentik dahi anak orang. Daripada korang dok jentik dahi anak orang tu, baik korang pergi gotong royong kawasan asrama tu buang jentik-jentik. Tidak la banyak sangat nyamuk.

Yang kecian ibu bapa dan penjaga yang terpaksa tebal muka keluar tv dan surat khabar merayu pada pihak sekolah agar anak mereka yang nakal itu diterima semula masuk ke sekolah sebab anak mereka hendak hadapi SPM tahun ini. Korang nampak, mak bapak pulak pikir pasal pelajaran anak mereka. Yang anaknya? Menyusahkan mak bapak. Manusia..manusia…

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Dari main jentik-jentik, baik buang jentik-jentik

  1. kesian sebab dah nak SPM. tpi kalau2 pk balek, nak kesian pn tatau patot ke tak. haih. dulu dan sekarang dah laen. kalau dulu, kene buli, senyap je, takot lah nnti kene buli lgi. skrg, pegang skit je, dah kene buang skula. tak pn tunggu je la surat saman menyaman.

  2. Sekolah ini tersangat dekat dengan rumah aku. 5 minit je kot :)
    Haish, sungguh macam-macam perangai budak-budak sekarang ni. Tak paham aku.

    p/s: BTW, aku suka layout baru hang ni. Nampak kemas :)

  3. Pelajar yang tidak tahu menghargai sekolah…cepat ikut nafsu. Ibubapa sepatutnya menerima kenyataan yang anak mereka telah tidak diterima. Bagaimana guru hendak mengadap anak-anak mereka sedang dihati terselit perasaan tidak senang. Banyak lagi sekolah luar yang boleh mereka pergi. Memang keputusan yang bijak menukarkan pelajar tersebut ke sekolah lain kerana dapat memberikan pengajaran kepada semua pelajar SBP, supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya. Otak aja bagus tapi tiada akhlak.

Leave a Reply