Anonymous, Baling Batu Sorok Tangan

Aku perhatikan sekarang serangan Anonymous makin menjadi-jadi sesetengah blog tapi owner blog tetap open juga comment dia kepada Anonymous sebab mereka jenis berani menerima apa jua pandangan dari pembaca. Anonymous kalau menulis comment memang lantang tapi sayang sekali pengecut. Orang seperti inilah yang merosakkan bangsa sebab orang seperti inilah juga yang tikam orang dari belakang.

Kalau berperang, orang seperti ini akan menjerit serang. Tetapi dia duduk di belakang sekali. Hanya pandai bersuara tapi tidak berani berperang. Apa salahnya dia mengaku dai adalah siapa barulah gentleman/woman. Kalau boleh tinggalkan no telefon baru orang respek korang dan pendapat korang.

Advertisement

Anonymous ingat mereka cakap membabi buta seperti ayam tercabut ekor ada orang hendak ambil kisah apa yang dia cakap. Orang seperti ini tidak guna dilayan sebab seperti anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Takkan rugi blogger itu kalau dia asyik menyalak bahkan lagi untung sebab ramai visitor.

P/S : Berapa banyak peribahasa dalam entri ini.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

11 thoughts on “Anonymous, Baling Batu Sorok Tangan

  1. Mcm kes pecah pintu kat UPM masa pilihanraya mpp aritu la. Semua jerit bukak pintu, bukak pintu. Bile pintu dah pecah, sumer lari. Xde plak yg nak masuk. Kah kah kah!

    Ok, bad joke. But that’s what happened, no? And that’s exactly how anonymous kat blog melalak. :P

Leave a Reply