100 orang hamba seks lelaki gay

Empat mangsa menunjukkan gambar lelaki gay di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

Petikan Kosmo

Ramai gak lelaki gay di Malaysia ni yer. Malam tadi baru tengok kat tv satu pasal lesbian. Hari ini keluar dekat kosmo tentang lelaki gay jadi mangsa penipuan. Untuk yang menjadi mangsa-mangsa ini aku ucapkan tahniah sebab awal memenerima balasa atas perbuatan songsang yang mereka lakukan. Harap sedarlah, kalau tidak sedar tidak tahulah aku nak cakap apa. Memang korang ini tidak kenal erti serik.

Sekarang pergi mengadu buat ape, kalau korang tidak cari pasal takkan sampai 100 orang boleh di tipu oleh mamat itu. Macam kes along, kalau korang tidak cari mereka takkan la mereka boleh wujud. Bila tidak boleh bayar baru hendak mengadu kena ugut. Masa pinjam tidak ingat ker?

Emi