Apa Masalahnya Dengan Valentine’s Day?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Monday blues hari ni tahap dewa sebab kerja sehari dan esoknya cuti kembali. Hari ni Valentine’s Day atau bahasa jawanya hari kekasih. Apa itu Valentine’s Day korang boleh baca disini :

Saint Valentine’s Day, commonly shortened to Valentine’s Day, is an annual commemoration held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions.The day is named after one or more early Christian martyrs, Saint Valentine, and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It was deleted from the Roman calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI, but its religious observance is still permitted. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as “valentines”). The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

Advertisement

Kalau hendak details lagi korang pergi kotak search di Google tu. Semua kecoh pasal benda ni. Sampai TPM sendiri keluar berita kata benda ini haram disambut. Persoalannya sekarang hari kekasih ni bukan hari ini baru bermula. Sudah lama dah, sejak dahulu kala. Mak bapak kita pon belum lahir lagi. Tapi kenapa sekarang baru hendak kecoh?

Ingat lagi aku masa sekolah. Bila hari Valentine’s Day, cikgu sendiri yang menjual coklat dan bunga ketika itu. Tidak kecoh pon masa itu. Ke zaman tu, umat islam ini jahil lagi or aku sendiri yang jahil. Senang jer bagi aku, orang kata tak boleh sambut jangan sambut. Ape susah? Buat macam biasa. Takkan la nak beli hadiah dekat orang yang kita sayang kena ada masa-masa tertentu? Bagi jer la bila-bila korang suka, tak salahkan? Lagi la mengeratkan hubungan. Ini tak, setahun sekali baru bagi hadiah. Setahun sekali baru bagi bunga. Cait!

P/S : Thankz dear belanja pizza semalam :D

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Apa Masalahnya Dengan Valentine’s Day?

  1. 1. knowledge – org dulu2 pun bukan tau sgt sejarah valentine, main ikut2 je sambut benda nie, tapi zmn skrg zmn it..semua info blh dpt dgn mudah.so, ramai dh tau asal usul valentine. tak mustahil ustaz2 zmn dulu pun xtau sejarah berkaitan st valentine
    2. gejala sosial yg makin meruncing, kes-kes buang bayi, makin ramai yg hilang dara di malam valentine,

    this is my personal opinion kalau ko tanya kenapa skrg baru nak kecoh2. kalau nk tayang kasih sayang, any day could be a LOVE-day, stp hari pun blh

Leave a Reply