Sekitar Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus Metrowealth MIG

Assalamualaikum dan selamat petang. Seperti yang telah dijanjikan (ops bukan janji, tapi pasti) dalam entri sebelum ini, aku akan menghupdate pasal event ini. Majlis ini berlangsung di One World Hotel. Jangan keliru, One World tidak sama dengan First World dan jauh sekali perbezaan dengan Mawi World tapi kita tetap satu Malaysia. Huh..ape aku merepek ni. One World Hotel terletak di Damansara. Bersebelahan dengan Sri Pentas Bandar Utama. Ala, office TV3 tu.

Macam biasa, majlis-majlis seperti ini maka ramailah pelakon-pelakon yang hadir antaranya Lisa Surihani, Farid Kamil, Shaheizay Sam, Intan Ladyana, pelakon cilik Mia Sara turut hadir dan ramai lagi la. Agak teruja jugalah sebab dikelilingi artis.hihi..

Advertisement

Majlis ini dianjurkan untuk meraikan Pelakon-pelakon dan pekerja-pekerja yang berada bawah satu bumbung MIG. Sebelum ini MIG telah mengadakan event seperti ini. Ala yang Ahmad Idham dapat kereta tu. Ingat tak? Tema kali ini “1 Dekad, 49 Flem” (Versi David Teo “i” kasi buang). Kali ini hadiah lagi gempak.

Pekerja yang lama berkerja dan banyak memberi khidmat kepada company MiG telah dihadiahkan dengan Semi-D satu tingkat.

Gambar Credit to Kak Ina

Shaheizay Sam mendahului artis-artis lain menerima habuan dari bos mereka David Teo dengan sebuah rumah semi-d 2 tingkat dan package umrah untuk dia dan parent. Cerita Ngangkung yang mendapat kutipan mencecah RM8.4 juta memberi tuah kepada pengarahnya kerana beliau telah menerima sebuah kereta Alphad yang bernilai 30k. Semua hadiah mewah-mewah.

Mari kita cuci mata dengan melihat gambar aku ambil di sekita majlis ini :

Azad Jazmin - Tinggi der mamat ni. Berlakon dalam cerita Ngangkung

Bergambar bersama bos, David Teo

Intan Ladyana

Aku dengan Jejai jadi hulubalang Shaheizay Sam kata YnnLunia

Farid Kamil - Perasan tak gambar agak kebawah. Sebabnya, budak kecik yang ambil gambar ini

Lisa Surihani ditemuramah wartawan TV9

Cat Farish turut mengadakan persembahan pada malam itu

Tia - Seorang artis dan juga blogger

Untuk gambar lagi korang boleh terjah di Album Facebook aku. Untuk update lagi korang boleh terjah rakan blogger yang turut hadir antaranya

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply