Saya Menang Vacuum!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Lama gila aku tak update blog. Hampir sebulan jugak la. Eh ye ker? haha..

Malam tadi aku dapat jemputan untuk Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus Metrowealth MIG – “1 Dekad,49 Filem”. Sebenarnya, bukan aku yang dapat. Tapi Cik Hel yang dapat then dia yang mengajak aku. Thankz pada dia sebab sudi menjemput aku. Kalau tidak, aku tidak merasa hadiah ni..

Advertisement

Ya, aku menang Vacuum berjenama LG untuk cabutan bertuah. Ada blogger lain yang turut menang hadiah seperti Rice Cooker, Blender, Coffee Maker dan Cerek Elektrik. Aku aim dapat LCD 23″ dan set home teather. Paling cokia pon BlackBerry Tourch tapi apakan daya tuah aku pada Vacuum sebab aku rajin kemas rumah. haha.. Thankz pada MIG.

Event ini memang meriah dengan hadiah. Ramai juga pelakon-pelakon yang turut hadir seperti Farid Kamil, Mia Sara, Lisa Surihani, Shaheizay Sam dan ramai lagi la. Nantikan update aku seterusnya untuk event yang gilang gemilang ini.

“Bukan Janji, Tapi Pasti”

P/S : Thankz tu kak Ina untuk pic ini

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Saya Menang Vacuum!

Leave a Reply