Tamatlah Riwayat emisyntech.com

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Malam tadi layan filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader 3D. Kalau sempat aku akan review hari ini,kalau tak esok. Kalau esok pon tak sempat, lusa. Kalau lusa pon tak sempat, korang pergi tengok sendiri aku malas update. haha.. Ok, seperti korang sedia maklum sebelum ini aku ada 2 blog. Kalau yang tidak sedia maklum aku ceritakan balik. Sebelum ini aku ada 2 blog. Satu blog menceritakan life aku dan lagi satu cerita tentang current issues. Yang korang baca sekarang adalah blog yang telah digabungkan ke dua-dua blog tadi. Domain yang membincangkan isu semasa itu adalah emisyntech.com

Selepas aku membeli domain anakperak.com berserta hosting sekali, aku malas hendak update blog yang lama sebabnya bila orang tanya address blog aku emisyntech.com diorang tercengang. Macam mana nak eja. Bila aku tulis pulak diorg tercengang gak, macam mana hendak sebut lak. Sebutnya macam ni. Ikut cikgu yer. Emi-syn-tech. Maksudnya Emi Sync Technology, gempak gila der. IT dan nerd sungguh.haha.. Peduli apa aku,domain aku. Disebabkan itu aku transfer entri di blog itu ke anakperak.com dan menutup blog itu. Pengumuman penutupan korang boleh baca sendiri di sini : Aku Nak Tutup Blog Aku

Tengah malam aku mendapat email tentang kematian emisyntech.com. Sungguh pilu membaca email tersebut. Banyak kenangan untuk domain tersebut kerana dengan domain tersebut aku mendapat banyak iklan Nuffnang di header. Sekarang hampeh, satu iklan jenis header aku tak dapat. Tidak mengapalah, pertemuan pasti ada pepisahan. Aku redha dengan permergiannya. Sapa nak beli boleh la, contact domain hosting aku. Page rank 4 tu untuk domain tu.haha.. Acah jer. Page rank x der langsung. “Bertemu dan perpisahan…adat manusia biasa…bordoalah kita agar…aman dan sentosa…”. Dush2! Ape aku merepek ni. Dah-dah sambung kerja.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Tamatlah Riwayat emisyntech.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.