Sehati Berdansa Bawak Sial?

Sehati masa berdansa jer, kalau tidak berdansa? Cerai jawabnya, ngeh. Badi sehati berdansa telah menular kepada pasangan Sein Ruffedge dan Nana selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam. Sebelum ini peserta rancangan Sehati Berdansa yang bercerai ialah Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri. Inilah pertikan berita dari Berita Harian Online :

Advertisement

SHAH ALAM: Pasangan juara program Sehati Berdansa musim ke-3, Sein Ruffedge dan Nana, sah bercerai secara baik dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Sein, 27, atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa melafazkan cerai terhadap Nana atau Noor Diyana Muhammad, 26, pada jam 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan isterinya itu, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berpisah secara baik.
Sebelum ini, Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri yang menyertai program yang sama turut bercerai dengan pasangan masing-masing.

Nana yang pernah menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan prosiding berjalan di depan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.

Peguam syarie Nana, Zuri Zabudin Budiman memberitahu mahkamah permohonan untuk bercerai difailkan kerana pasangan itu tiada persefahaman dan gagal menyelesaikan perbalahan yang berpanjangan.

“Pasangan itu tidak dapat menjalani kehidupan suami dan isteri serta pernikahan mereka juga tidak bahagia.
“Mereka masih tinggal serumah tetapi sudah tidak tidur bersama. Pelbagai usaha dilakukan termasuk dibantu keluarga kedua-dua pihak, tetapi tiada jalan penyelesaian dicapai,” katanya.

Zainor Rashid selepas mendengar lafaz itu, mensabitkan gugur talak satu kali pertama terhadap Nana dan memerintahkannya beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan terbabit dibatalkan.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Sumber : Berita Harian Online

P/S : Sebab itu Astro telah tukar tajuk Sehati Berdansa kepada Mari Menari. Korang percaya? Ingatlah, jodoh pertemuan di tentukan oleh Allah s.w.t.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “Sehati Berdansa Bawak Sial?

Leave a Reply