Saya ingin Menonton Filem Faster!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Maaf sebab lama tidak update blog. Tiba-tiba rasa malas datang melanda. Banyak entri pending disebabkan kemalasan melanda.

Ya, aku ingin menonton Filem Faster! Sebab apa? Dari triller filem, aku dapat perhatikan ini merupakan cerita bercorak aksi. Filem yang aku minat dan yang paling penting adalah “Can you smell what the Rock is cookin’?”. Yah, Dwayne Johnson aka The Rock berlakon. Hero yang aku minat. Kalau dia berlakkon, memang superb aksi yang dilakonkannya.

Advertisement

Sinopsis Faster :

Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja – membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya – dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap……

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

One thought on “Saya ingin Menonton Filem Faster!

Leave a Reply