Rapunzel: A Tangled Tale

Sebut sahaja Rapunzel pasti ramai tahu tentang jalan ceritanya. Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Terbayang di kepala kita seorang perempuan berambut panjang dan tinggal di sebuah menara. Apabila diseru namanya dia akan menghulurkan rambutnya yang panjang ke bawah.

Advertisement

Kisah seorang princess yang bernama Rapunzel yang memiliki rambut ajaib. Oleh sebab itu dia diculik oleh seorang ahli sihir untuk menggunakkannya bagi mengekalkan kecantikan dan muda lalu dikurungkan di sebuah menara. Pada sambutan hari lahir Rapunzel ke 18 tahun, Rapunzel ingin melihat ‘floating light’ (tanglung) yang selalu dilihatnya melalui tingkap setiap kali ulangtahun hari lahirnya. Kebetulan Flynn yang diburu pihak pengawal istana kerana telah mencuri crown princess kebetulan menjumpai menara Rapunzel tinggal dan ingin bersembunyi disana. Rapunzel telah menyembunyikan crown tersebut dan berjanji akan memulangkan kepada Flynn jika dia membawanya pergi melihat ‘floating light’ di istana. Dapatkah hajat Rapunzel untuk melihat ‘floating light’ itu berjaya. Saksikan di pawagam berdekatan anda.

Ahli sihir yang menculik Rapunzel
Rapunzel menyoal siasat Flynn

Cerita Rapunzel: A Tangled Tale lebih kurang macam cerita Rapunzel yang kita selalu dengar atau baca. Tetapi dalam filem ini penceritaannya lebih menarik dengan karaktor animasi yang comel dan lagu-lagu yang diselitkan dalam cerita juga best. Ini menarik penonton kanak-kanak mahupun dewasa.

Saat romantik Flynn dan Rapunzel
Pascal, penasihat Rapunzel

Sempena cuti sekolah ini aku cadangan yang mana ada anak-anak untuk menonton cerita ini. Semasa aku pergi menonton ramai kanak-kanak yang sama turut menonton. Suka mendengar mereka ketawa sebab ada babak-babak lawak yang mencuit perasaan kanak. Watak Maximus (Kuda istana) dan Pascal (sesumpah belaan Rapunzel) menambah lagi kelakar dan comei cerita ini. Aku beri 4½/5 bintang untuk cerita ini. :)

Official Website : http://adisney.go.com/disneypictures/tangled/

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Rapunzel: A Tangled Tale

  1. da tgk! seronok. tapi takde la smpai nk bg 4 bintang, 3.5 bintang je. Cerita die klaka. princess mata bulat n gigi kapak besar tu comel! Cerita Shrek 2 kali ganda lagi best kot.

Leave a Reply