Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%) PTPTN

Sudahkan anda Kemaskini Maklumat Bagi Permohonan Penukaran Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)? Jika belum, sila lakukannya sekarang di http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp

JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN CONVERSION UJRAH

  1. PERMOHONAN/TAWARAN
    1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?
    2. Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%
      layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
      PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

      1. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
      2. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
        pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)
    3. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?
    4. Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.

    5. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?
    6. Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

    7. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?
    8. Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :

      1. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel
        peminjam;
      2. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke
        alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;
      3. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat
        e-mel peminjam; dan
      4. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan
        pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran
    9. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?
    10. Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut
      tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :

      Tahun Kelulusan Pinjaman Tarikh Mula Kemaskini
      2006, 2007 dan 2008 20 September 2010
      2003, 2004 dan 2005 1 November 2010
      2002 dan tahun-tahun sebelumnya 1 Disember 2010
    11. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?
    12. Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam
      yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan
      dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

    13. Apakah asas penawaran Ujrah?
    14. Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :

      1. Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008
      2. Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008
      3. Tempoh bayaran balik baru : Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008
        berdasarkan pinjaman asal
    15. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?
    16. Jawapan : Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos
      pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang
      telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.

    17. Bagaimanakah Ujrah dikira?
    18. Jawapan : Jumlah Ujrah = Jumlah Pembiayaan Pokok x Kadar Ujrah (1%) x tempoh
      bayaran balik (tahun)

    19. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.
    20. Jawapan : Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi
      mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun tawaran yang akan diberikan
      masih berkuatkkuasa pada 1 Jun 2008.

  2. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN
    1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran
      Ujrah?
    2. Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran
      Ujrah.

    3. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?
      Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau
      bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara
      PTPTN.
    4. Saya telah dikenakan tindakan penguatkuasaan tetapi masih belum dikenakan tindakan
      mahkamah, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?

      Jawapan : Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan
      tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam.
      Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN
      selepas pembayaran dibuat.
    5. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah
      ini?

      Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik.
      Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.
    6. Saya telah pun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa
      yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?

      Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN.
      Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.
  3. LEJAR/PENYATA
    1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?
      Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran
      diterima dan diproses oleh PTPTN.
    2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?
      Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.
    3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?
      Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan
      dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah)
      sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga
      tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan
      ke hadapan.

Emi

  11Comments

    • Anak Perak   •     Author

      ko x pernah start bayo lagi ker?

  1. cikhelena   •  

    aii abg aku tak cakap pulak pasal ne..

    • Anak Perak   •     Author

      ape kena mengena dengan abg ko?

  2. fikah   •  

    kalao yang 2009 & 2010, memang dah 1% je kan??
    jadi tak payah kemaskini kan??

    • Anak Perak   •     Author

      tak payah rasanya sbb contract korang memang satu 1% kalau tidak silap sy :)

  3. serol   •  

    aku tak layak sebab dapat penaja lain..

    • Anak Perak   •     Author

      ok la tu dapat penaja. Aku ni,x der sapa nk taja coz x bijak.huhu..

  4. mediafiregrabber   •  

    nasib la aritu dah dapat tawaran n terusbuat.. xyah susah2 nk buat balik…:) nice info:)

  5. amie   •  

    boleh tak kite bayar jumlah yang kite mampu untuk bayar balik pinjaman after apply ujrah,,sbb gaji kecik la,,xmapu nk byar yang die mintak tu,,

  6. ruzaimie   •  

    tawaran tukar ujrah melalui msj,cek email xde lak.msuk lamn ptptn utk muat turun dokumen twran xjpe,gne r

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>