Membeli Belah Secara Percuma Di Kedai Mesra Petronas

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Lama rasanya aku tidak update blog. Banyak hendak cerita tapi cuma malas hendak menaip. Ini pon paksa rela juga untuk menaip. Siapa disini pengguna setia Petronas. Korang mesti ada Mesra kad, pada yang tidak ada pergilah pohon. Bukan kena bayar pon, percuma jer. Pada yang ada, korang mesti rajin swap kad itu untuk kumpul point tapi tidak tahu point itu untuk apa.

Aku boleh dikatakan pengguna minyak petrol tegar. Bukan aku minum petrol tu, kereta aku tu. Jadi selalulah swap kad mesra tu tapi tidak tahu berapa banyak point dalam kad tu. Hari itu aku tergerak hati untuk check point. Ada dalam 2000 lebih point dalam kad tu. Jadi saje jer nak redeem barang jadi aku ambil roti dan bayar dengan kad mesra tu.

Mudah sahaja, seperti menggunakan kad kredit atau kad debit. Cuma yang membezakan, ialah FREE. Ya, percuma. Satu sen untuk satu point. Example roti berharga RM3.90 dan point yang akan ditolak 390 point. Selain memborong barang di kedai mesra korang boleh mengisi minyak dengan kad itu. Hanya masukkan kad mesra ke dalam tempat kad kredit dan walla boleh isi minyak dengan percuma. Untuk menyemak point, korang boleh ke kaunter Petronas atau klik sini

Emi