Blogger Bersaing di Gelanggang Bowling & Karok

Assalamualaikum dan selamat pagi. Gila lama aku tidak update blog. Bukan tiada cerita hendak ditulis. Banyak cerita dan event aku join sepanjang aku tidak update blog tapi disebabkan ada masalah dalaman jadi tiada mood untuk update.

Baiklah pada Jumaat lalu bersamaan 17 Disember 2010 aku pergi melepak dengan blogger-blogger. Event ni bukan official mana. Tiada penaja rasmi mahupun tentatif program. Main serbu jer. Sapa hendak datang, datang jer. Tempatnya ialah Wangsa Walk. Sebab apa pilih tempat ini? Entoh la, mungkin kurang sesak dan boleh di katakan center jugak la. Tapi, aku jer jauh sikit.

Advertisement

Aku sampai awal sebab kali ini aku ikut NKVE. Sebab dah tahu, kalau ikut Faderal diorang dah habis bowling aku tak sampai². Sampai² jer lepak dengan Chearmster, AusMelankolik, Ery, Tia dekat NZ Curry House. Pekena roti canai dan capati. Hujan der, paham² la perut kecut time hujan macam ni.

Lapar..lapar...

Lepas aku kenyang makan dan ery kenyang kena buli, geraklah kami ke vanue pertandingan. Hujan makin melebatkan diri. Time ni la, Norfa hendak tunjuk payung strawberry dia yang baru di beli di Cameron Highlands.

Cantik tak payung i...jangan jeles...

Masa mula pertandingan seorang kami tidak kenali join sekali. Kalau orang tidak percaya, usha ni.

Siapakah Tifa? Adakah Latifah? Jeng..jeng...jeng

Perlawanan pon bermula. Kami main 2 game. Masa tengah main ni dari lapan orang menjadi seramai ini :

Antara blogger yang hadir

Time ini juga blogger yang single dan bujang di pertemukan jodoh.

Gosip Chearmster dan Tia. Sepanas pisang goreng..

Ok, abis part bowling. Memandang malam masih muda dan yang baru datang rasa tidak puas. Maka aktiviti disambung dengan karok. Percaya atau tidak semua list di atas disumbat dalam satu bilik karok bersaiz sederhana? Tidak percaya? Tengok gambar ni sendiri.

Penuh seat
Ambik ko,siap bersila atas lantai

Apa pon thankz pada sponser karok iaitu Chearmster dan sape bayar bowling ni wei? Dari malam tu aku dok cari nak bayar lik.

Untuk gambar lagi sila ke Geleri Gambar AP.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Blogger Bersaing di Gelanggang Bowling & Karok

Leave a Reply