No Telefon Bimbit 11 Angka

Sebelum ini nombor 012/017 untuk Maxis, 013/019 untuk Celcom, 018 untuk U-Mobile dan 016 untuk Digi tetapi selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan ‘Mobile Number Portability’ atau MNP, tiga nombor awalan tidak dikhaskan untuk satu-satu telco semata-mata. Pada yang tidak pernah dengar atau terlupa tentang program MNP — Dengan MNP pengguna tidak perlu menukar nombor telefon bimbit untuk menukar telco. Jadi semenjak itu .

MNP tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan pengguna telefon bimbit. Oleh itu mulai 15 Disember 2010, semua nombor telefon bimbit yang baru kini sebelas nombor dengan awalan ‘011’ yang mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru.

Advertisement

Format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan ‘011’, sebagai contoh 011 1234 5678. Kata Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali.

Baru aku tahu wujudnya Jabatan Perancangan Nombor. Selalu dengar Jabatan Perancangan Bandar. Jabatan Perancangan Nombor salah sebuah jabatan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tugas mereka meramal nombor ekor yang akan naik. Tugas sebenar mereka tidak pula aku tahu. Sebab aku cuba cari di Google tiada pula maklumat tentang bidang tugas jabatan ini. Adakah nombor plate juga mereka rancang?

P/S : No pekerja aku yang enam angka pon susah hendak ingat, apatah lagi nombor 11 angka.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

14 thoughts on “No Telefon Bimbit 11 Angka

Leave a Reply