Super Wiggy Memang Superb

Masih ingat dengan entri ini, Superhero Terbaru Di Malaysia? Dalam entri tersebut aku ada bagi tahu korang yang aku dapat testing unit Super Wiggy P1 4G Portable Modem model UH235. Malam tadi aku membuat testing habis-habisan untuk unit ini di rumah aku.

Pada yang layan blog aku, korang sedia maklum bahawa aku merupakan pengguna Wiggy Model UM230. Rupanya dia macam ini :

Wiggy Model UM-230

Sejak menggunakan model ini, pasti korang perasaan keluhan-keluhan dan puji-pujian untuk model ini. Antaranya entri aku :

Advertisement

Dari entri tersebut aku simpulkan disini untuk Wiggy model UM-230 ini ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya adalah bila korang mendapat signal yang baik dan pengguna dalam kawasan tersebut tidak ramai, korang akan mendapat full speed mengikut package yang korang langgan.

Kekurangan untuk model ini ialah tarikan signal agak kurang bila digunakan indoor. Untuk membetulkan posisi modem agak susah sebab benda ini melekat di laptop jadi korang kena usung laptop itu untuk mencari signal.

Super Wiggy UH-235
Super Wiggy UH-235

Untuk menyelesaikan problem tersebut, P1 4G (dahulu dikenali P1 Wimax) telah melancarkan satu model baru iaitu Super Wiggy model UH235. Seperti korang sedia maklum malam tadi aku telah mencuba unit ini. Untuk pengetahuan korang rumah aku memang susah mendapat signal sebab base station berdekatan berada lebih kurang 500 meter dari rumah aku.

Kedudukan rumah aku dari base station

Sebelum ini, aku hanya meletakkan laptop aku di satu kedudukan di bilik aku dan tidak boleh ubah kerana dalam posisi tersebut aku peroleh signal. Tetapi Super Wiggy ini lain dengan model sebelum ini. Internal antenna dia lebih kuat sebab aku boleh letak dimana-mana posisi di dalam rumah aku. Namun untuk mendapat signal yang kuat better, korang mengadap lampu yang mentala modem tersebut ke arah base station berdekat.

Membuat connect lebih mudah dengan Super Wiggy

Membuat connection adalah lebih cepat berbanding modem yang aku gunakan sebelum ini. Semalam juga aku cuba mencuba kelajuan yang boleh dicapai Super Wiggy tersebut. Memang laju kerana menggunakan 4G speed. Aku dapat memuat turun video bersaiz 700mb dalam masa tidak sampai 15 minit.

Speed Test Super Wiggy

Besar dan berserta usb kabel, Super wiggy ini dilengkapi dengan stand atau pemegang bagi memudahkan untuk diletakkan di mana sahaja mengikut keselesaan korang.

Sandar

Sangkut

Lekat

Kekurangan Super Wiggy ialah kabel usb dia terlalu keras jadi bila kita pakai stand dan ubah sedikit kedudukan laptop maka jatuh tertunggeng la Super Wiggy tersebut.

Untuk mengetahui package dan harga yang ditawarkan. Korang layari http://www.p1.com.my

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

18 thoughts on “Super Wiggy Memang Superb

  1. mende ni menipu jek.. aku dah pki p1 utk 1.5 year.. service utk 6 pertame terbaik! tp next2 mcm haram…

    slow giler.. dalam sebulan average aku dapat full speed cume 1 week and the rest 3 week sume mcm F**k!

    aku nak google search pun payah.. skang mmg fikir nak terminat msk streamyx plak.. unifi kalo ade line mmg lame aku masuk dah

      1. yes aku tau mende ni ade fair usage policy.. aku nye 20GB each month.. selama aku pki P1 utk 1.5 taun ni..

        Quota aku tak pernah habis.. n hari2 aku call P1 maki dorang pasal service.. alasan bottleneck bottleneck.. tu je ah

        aku nye package 1.2Mbps and dorang bg kadang 200Kbps jek.. aku tak naik kan hal ni kat kementerian je lagi..

  2. aku rasa tak semua tempat ada coverage.. lokasi umah aku takda.. kalau ada mungkin ada niat juga nak pakai.. tunggu coverage sampai umah aku..hehehe

  3. Hi skelertor ,

    We can certainly assist to check on your issue. Please leave your details here (account no/IC no) Alternatively, you can even tweet to us.

    Thanks

    P1Buddy

  4. ahhh macam menipu je….lebih baek pindah ke yes 4G lebih oc…dan super laju lagi…tegok pun p1 …tak mau …apalgi nak pake pula

    1. Adakah yes 4g luas coverage nya? klu yes,memang berbaloi. Kalau tak, lu fikirkan la balik. Kita menggunakan wireless broadband utk memudahkan kita travel. Kalau setakat dok kat rumah, baik pakai streamyx jer.

  5. salam bro, teman nak tau sikit, macam mane nak configure super wiggy ni, dah berhari2 teman tengok super wiggy teman ni, lampu biru dok berkelip2 habis tu lampu merah pulak. teman dah call careline p1, tapi dok tunggu sikit punya lame teman tunggu teknikal support angkat tapi haram, sampai kredit phone teman tinggal rm0.01.
    kalau boleh teman nak bro tolong teman la sikit.
    ok, terima kasih

  6. Hi azlan,

    We can certainly assist to check on your issue. Please leave your details here (account no/IC no) Alternatively, you can even tweet to us @P1cares

    Thanks

    P1Buddy

Leave a Reply