Stop Child Abuse

Pelajar lihat tertuduh pijak perut kanak-kanak

SHAH ALAM: Saksi pendakwaan keenam kes pembunuhan kanak-kanak berusia tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau melihat tertuduh memijak perut seorang kanak-kanak.

Advertisement

Pelajar tingkatan enam, Ahmad Fikrihalis Zakaria, memberi tahu mahkamah, beliau melihat tertuduh yang juga pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, menendang bahu kiri kanak-kanak itu sehingga mangsa terpelanting ke belakang.
Katanya, ketika beliau sedang menghentikan motosikal yang dinaikinya, tertuduh yang dikenalinya sebagai Mat, berkata kepadanya: “Pernah nampak tak budak kena terajang?”

Mohd Fazli dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh Syafiah Humaira di padang bola di sebuah kawasan perumahan kos rendah di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Hulu Selangor, pada 25 Februari lalu.

Pagi tadi, ibu kanak-kanak malang itu, Siti Norhanim Aziz, 25, yang juga saksi kedua pendakwaan, memberi keterangan.

Petikan Berita Harian Online bertarikh 7 June 2010

Masih ingat lagi dengan kes Syafiah Humaira yang didera sampai mati oleh teman lelaki ibunya? Mohd Fazli Azri Jamil merupakan pemandu teksi dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan tersebut.Namun dengan hukuman yang dikenakan tidak memberikan kesedaran kepada masyarakat, malah kes penderaan kenak-kanak makin meningkat.

Oleh sebab kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat, UNICEF mengadakan kempem ‘Get on Board’ untuk membuka mata masyarakat Malaysia dengan memberikan pengetahuan untuk menghentikan penderaan pada kanak-kanak. Kempen secara digital yang pertama yang dianjurkan oleh UNICEF ini, bertujuan untuk mendapatkan 100,000 orang untuk mengangkat tangan mereka dalam menyokong kanak-kanak. Mereka berharap masyarakat Malaysia akan menerima promosi ini sebagai tanggungjawab mereka, dan menyokong dan mempromosikan dalam cara mereka sendiri mengikut kreativiti sendiri untuk menjamin kehidupan kanak-kanak di Malaysia berada dalam keadaan aman dan sentiasa di lindungi.

unicef

Mari bersama-sama kita mengangkat tangan bersama saya menentang penderaan terhadap kanak-kanak

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply